Muhammad Hafizuddin , Samat (2023) Isu-isu terpilih dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia menurut perspektif syariah / Muhammad Hafizuddin Samat. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (205Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Restricted to Repository staff only until 31 December 2025. Download (834Kb) |
Abstract
Hukuman mati mandatori telah lama dilaksanakan di Malaysia. Pelaksanaannya dalam sistem perundangan jenayah adalah sebagai satu langkah kerajaan dalam menjamin keadilan dan keamanan dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia, terdapat isu-isu dan masalah yang berlaku yang menimbulkan gesaan untuk memansuhkannya. Rentetan daripada itu, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori pada tahun 2018 dan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menggantikannya dengan hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah pada tahun 2022. Oleh itu, kajian ini bertujuan membincangkan isu-isu terpilih dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia menurut perspektif syariah. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu perbandingan hukuman mati mandatori berdasarkan undangundang negara dan perundangan syariah, isu dan permasalahan dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori dan kewajaran pelaksanaannya di Malaysia dari perspektif syariah dan isu-isu teknikal undang-undang dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia dari perspektif syariah. Metode kepustakaan dan temu bual semi struktur dengan persampelan purposif telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Seterusnya, data ini dianalisis menggunakan metode deduktif, induktif, tematik dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman mati mandatori wajar dikekalkan untuk kesalahan melibatkan aktiviti keganasan dan kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Manakala, hukuman mati mandatori bagi kesalahan membunuh dengan sengaja dan kesalahan yang melibatkan senjata api wajar dipinda dan digantikan dengan hukuman mati dengan kuasa budi bicara mahkamah. Selain itu kajian mendapati, hukuman mati mandatori perlu disegerakan bagi pesalah yang telah didapati bersalah dan tahap pembuktian bagi kesalahan hukuman mati mandatori mestilah pada kadar melampaui sebarang keraguan. Akhirnya, kajian menyimpulkan bahawa konsep dalam perundangan jenayah Islam mesti diterapkan secara menyeluruh agar isu-isu dalam pelaksanaan hukuman mati mandatori dapat diselesaikan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Hukuman mati mandatori; Syariah; Perundangan jenayah Islam; Kuasa budi bicara mahkamah; Perundangan jenayah Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law > K Law (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 Nov 2024 07:07 |
Last Modified: | 26 Nov 2024 07:07 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15176 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |