Pengurusan kawalan Islam terhadap aktiviti perniagaan: Kajian kes bazar jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya / Muhammad Ezmir Kushairy Roslee

Muhammad Ezmir Kushairy , Roslee (2023) Pengurusan kawalan Islam terhadap aktiviti perniagaan: Kajian kes bazar jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya / Muhammad Ezmir Kushairy Roslee. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (199Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1955Kb)

      Abstract

      Penganjuran perniagaan di masjid telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat. Segelintir berpandangan bahawa penganjuran perniagaan di masjid telah menimbulkan pelbagai masalah yang mencemarkan kesucian masjid sebagai pusat ibadah. Antara isu yang berlaku ialah isu hukum berniaga di masjid, kebersihan kawasan masjid, adab di masjid, serta pengunjung masih berjual beli dan tidak masuk ke masjid sedangkan azan sudah berkumandang. Tujuan kajian ini dijalankan bagi membina suatu parameter perniagaan di masjid berdasarkan pandangan fiqh. Di samping menjelaskan konsep pengurusan kawalan Islam terhadap perniagaan di kawasan masjid, kajian ini juga menganalisis pengurusan kawalan Islam yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan masjid dan operasi perniagaan Bazar Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz. Data-data dikumpul melalui temu bual terhadap responden yang terdiri daripada pentadbir masjid, penduduk, dan para penjual. Selain itu juga, bagi mengukuhkan lagi data dan maklumat yang diterima, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap operasi Bazar Jumaat yang berlangsung. Kemudian, data-data yang diterima dianalisis melalui analisis tematik. Hasil daripada pembinaan parameter perniagaan di masjid, kajian ini akan menyumbang kepada suatu panduan kepada pihak pengurusan masjid di dalam menjalankan aktiviti perniagaan di masjid. Pada masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan memelihara kesucian institusi masjid sebagai tempat yang suci dan mulia. Bagi memastikan parameter aktiviti perniagaan di masjid dapat dipatuhi, maka pengurusan kawalan Islam adalah penting supaya matlamat dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Bazar Jumaat; Pengurusan kawalan Islam; Jual beli di masjid; Pengurusan masjid; Perniagaan
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2024 00:47
      Last Modified: 18 Jul 2024 00:47
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15186

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item