Makna numeral Hindu Arab murid tahun empat / Syaheela Atikah Hashmi

Syaheela Atikah , Hashmi (2020) Makna numeral Hindu Arab murid tahun empat / Syaheela Atikah Hashmi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1720Kb)

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk meneroka makna numeral Hindu Arab murid Tahun Empat. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes yang melibatkan empat orang murid Tahun Empat sekolah rendah di negeri Selangor yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui tujuh sesi temu duga klinikal dengan menggunakan pelbagai tugasan berkonteks dan juga tanpa konteks diberikan kepada peserta kajian. Dalam kajian ini, empat tugasan pelbagai format berkonteks dan juga tanpa konteks telah diberikan kepada peserta kajian semasa temu duga. Transkripsi temu duga telah di analisis secara dalam kes dan merentas kes. Keputusan analisis merentas kes menunjukkan yang murid Tahun Empat memberikan enam makna berbeza kepada numeral Hindu Arab iaitu makna Tanda Nama atau Label, makna Bilangan, makna Turutan, makna Kedudukan, makna Posisi dan makna Ukuran. Kajian ini mendapati makna-makna yang diberikan berbeza berdasarkan konteks yang diberikan. Pertama, makna ‘tanda nama atau lebal’ sering kali diberikan apabila konteks berkenaan dengan nombor rumah, nama sesuatu kedai atau premis dan juga numeral pada sehelai jersi diberikan kepada peserta kajian. Makna ῾bilangan’ pula diberikan oleh peserta kajian berkenaan dengan bilangan sesuatu benda yang boleh dikira dan ῾bilangan’ juga boleh dinyatakan juga dalam bentuk nilai skala iaitu sedikit, banyak, berkurang dan juga bertambah. Seterusnya, makna ῾turutan’ pula diberikan apabila peserta kajian diberikan konteks berkenaan dengan giliran dan juga situasi sesuatu nombor yang berturutan dan diapit dengan nombor sebelum dan juga nombor selepas sesuatu nombor manakala makna ῾kedudukan’ pula merujuk kepada kedudukan sesuatu mengikut situasi tertentu. Sebagai contoh, kedudukan pemenang peserta dalam sesuatu pertandingan dan juga numeral pada lif yang menunjukkan kedudukan aras atau tingkat rumah seseorang. Makna kelima iaitu ῾posisi’ merujuk kepada kedudukan posisi pemain berserta dengan fungsi posisi tersebut di dalam sesuatu perlawanan. Terakhir iaitu makna ῾ukuran’ di mana ia merujuk kepada jarak yang boleh diukur menggunakan sesuatu alat pengukur.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
    Uncontrolled Keywords: Numeral Hindu Arab; Teori Konstruktivisme Radikal; Nombor Kardinal; Nombor ordinal; DSKP
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
    Q Science > QA Mathematics
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jan 2025 07:18
    Last Modified: 08 Jan 2025 07:18
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15233

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item