Pembinaan dan penilaian modul latihan sebutan Nabr dan Tanghīm berdasarkan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan Satu / Ahmad Fared Mohd Din

Ahmad Fared , Mohd Din (2024) Pembinaan dan penilaian modul latihan sebutan Nabr dan Tanghīm berdasarkan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan Satu / Ahmad Fared Mohd Din. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (79Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Registered users only until 31 December 2025.

    Download (2301Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai kebolehgunaan modul latihan sebutan nabr dan tanghīm berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan Satu. Tujuan modul ini dibina adalah untuk melatih pelajar tingkatan satu di sekolah menengah agama di negeri Pahang menyebut dan menggunakan perkataan serta ayat secara lisan dengan nabr dan tanghīm yang betul. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif. Proses pembinaan modul berdasarkan model ADDIE, Model SIM dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab Tingkatan Satu. Pada fasa analisis, kaedah yang digunakan adalah ujian diagnostik kemahiran sebutan ke atas 140 orang sampel di dua buah sekolah menengah agama negeri di dalam daerah Pekan, Pahang, kaedah pemerhatian ke atas pengajaran 3 orang guru subjek bahasa Arab, sorotan literatur dan semakan dokumen. Dapatan fasa analisis kemudiannya digunakan dalam fasa reka bentuk sebagai kerangka dalam membangunkan modul. Prototaip modul yang telah dibina diberikan kepada enam orang pakar bidang untuk disahkan. Nilai kesahan modul adalah tinggi iaitu 86%. Seterusnya, fasa pelaksanaan modul dilaksanakan melalui perbengkelan penggunaan modul oleh guru pakar bahasa Arab seramai 45 orang. Modul diuji kebolehgunaannya di dalam fasa penilaian melalui soal selidik kebolehgunaan modul yang ditadbir ke atas guru pakar bahasa Arab setelah tamat sesi perbengkelan. Dapatan menunjukkan modul yang dibina mempunyai kebolehgunaan yang tinggi. Aspek keberkesanan dalam pengujian kebolehgunaan modul juga dinilai menggunakan kaedah ujian pra dan pasca ke atas 40 orang peserta kajian yang mengikuti sesi pembelajaran menggunakan modul. Dapatan ujian pra dan pasca sebutan nabr dan tanghīm menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor markah yang diperoleh peserta kajian sebelum dan selepas sesi latihan sebutan menggunakan modul. Data pemerhatian menunjukkan pelajar teruja, gembira dan berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti latihan sebutan sebagaimana yang terdapat di dalam modul. Kesimpulannya, kajian ini telah dapat menghasilkan modul latihan sebutan nabr dan tanghīm yang mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dan menepati aspek keberkesanan, kecekapan dan kepuasan pengguna. Modul ini juga berpotensi digunakan untuk melatih pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Model ADDIE; Model SIM; Nabr; Tanghīm; Penilaian kebolehgunaan
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      P Language and Literature > PJ Semitic
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 12 Sep 2024 07:27
      Last Modified: 10 Jan 2025 01:55
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15363

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item