Akhmal Hakim , Mohamad (2023) Hubungan kekerabatan dialek Melayu Sarawak, Malaysia dan dialek Melayu Midai, Indonesia / Akhmal Hakim Mohamad. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (96Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (965Kb) |
Abstract
Kajian ini menekuni bidang linguistik bandingan bagi meneliti Dialek Melayu Sarawak (DMS) dan Dialek Melayu Midai (DMM). Kajian dijalankan bagi mengenal pasti tingkat kekerabatan antara DMS dengan DMM berdasarkan kaedah leksikostatistik yang dipelopori oleh Morris Swadesh (1950). Kemudian, kajian dilanjutkan dengan menghuraikan bentuk variasi fonem yang terdapat dalam kedua-dua dialek yang dikaji berpandukan Teori Struktural. Kajian menggunakan senarai 230 Kata Morris Swadesh yang diubah suai untuk menemu bual informan (pemaklum). Dapatan kajian mendapati bahawa tingkat kekerabatan dialek adalah sebanyak 78.85% dan berada dalam status keluarga. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa DMS memiliki enam fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/ dan /o/), satu diftong (/-oy/) dan 20 konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /l/, /w/ dan /j/). DMM pula mempunyai tujuh fonem vokal (/i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/ dan /ɔ/), tiga diftong (/-ay/, /-uy/ dan /-aw/) dan 21 fonem konsonan (/p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/). Di samping itu, kajian telah menemukan dua bentuk kesepadanan bunyi, iaitu lima bentuk kesepadanan vokal (/i/ ≈ /e/, /a/ ≈ /o/, /a/ ≈ /ə/, /a/ ≈ /ɔ/ dan /u/ ≈ /o/) dan enam bentuk kesepadanan konsonan (/r/ ≈ /ɣ/, /ʔ/ ≈ /q/, /ʔ/ ≈ /h/, // ≈ /n/, /q/ ≈ /t/ dan /m/ ≈ /n/).
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Tingkat kekerabatan; Dialek Melayu Sarawak; Dialek Melayu Midai; Leksikostatistik; Vokal |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 05 Oct 2024 11:49 |
Last Modified: | 05 Oct 2024 11:49 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15436 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |