Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi

Sharifah Norfadella, Syed Azmi (2024) Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (320Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1845Kb)

      Abstract

      Kurikulum mata pelajaran Perniagaan sekolah menengah merupakan kurikulum yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. Namun, wujud kelemahan yang menjadi cabaran dalam pelaksanaan kurikulum ini yang perlu dinilai semula. Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Perniagaan dengan menggunakan Model Penilaian CIPP yang menilai aspek konteks berkaitan kesesuaian kandungan kurikulum berdasarkan matlamat dan objektif, aspek input berkaitan kesediaan guru dan pelajar serta peranan pentadbir, aspek proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP), pentaksiran bilik darjah (PBD) dan kerja kursus, serta aspek produk meliputi tahap pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap pelajar. Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif digunakan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan data tinjauan dan temu bual. Persampelan rawak berstrata digunakan bagi menentukan responden seramai 389 pelajar dan 32 guru di 32 buah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor manakala 3 responden temu bual dalam kalangan Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Perisian IBM SPSS Versi 26.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan manakala analisis tematik diaplikasikan untuk memproses data temu bual. Dapatan data tinjauan menunjukkan penilaian konteks dan input dari sudut kesediaan guru dan peranan pentadbir berada pada tahap yang tinggi manakala penilaian input dari sudut kesediaan pelajar, penilaian proses PdP, PBD dan kerja kursus serta penilaian produk merangkumi tahap pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap pelajar menunjukkan tahap sederhana. Ujian Spearman rho menunjukkan terdapat hubungan secara signifikan antara pengetahuan dan kemahiran dengan perubahan sikap. Dapatan analisis tematik menunjukkan peruntukan tempoh masa pelaksanaan kerja kursus kurang mencukupi dan peruntukan markah kerja kursus juga kurang realistik. Implikasinya, budaya pembelajaran abad ke 21 dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran guru, peranan pentadbir, tempoh pelaksanaan kerja kursus dan peruntukan markah yang lebih relevan dicadangkan untuk penambahbaikan. Penggunaan kaedah pengumpulan data dan skop kajian yang berbeza dicadangkan untuk kajian masa hadapan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Model penilaian CIPP; Mata pelajaran perniagaan; Teknologi maklumat; Sikap pelajar; Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 20 Feb 2025 02:11
      Last Modified: 20 Feb 2025 02:11
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15558

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item