Kemahiran membaca teks bahasa Tamil dengan penggunaan Comic Strips dalam kalangan murid tahun empat / Shanthini Sree Mathialathan

Shanthini Sree , Mathialathan (2020) Kemahiran membaca teks bahasa Tamil dengan penggunaan Comic Strips dalam kalangan murid tahun empat / Shanthini Sree Mathialathan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (220Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1531Kb)

      Abstract

      Penggunaan Comic Strip sebagai bahan bacaan teks bahasa Tamil mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Comic strip berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyampaikan isi pembelajaran yang mana ia mewujudkan satu proses komunikasi antara murid dengan bahan pembelajaran. Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang melibatkan murid tahun empat dalam membaca teks bahasa Tamil dengan menggunakan comic strip.Reka bentuk kajian ini adalah bentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang mana kaedah pemerhatian digunakan sebagai instrumen utama dan kaedah temu bual dan analisis dokumen sebagai instrumen kedua dalam pengumpulan data. Dalam kajian ini, kemahiran membaca teks bahasa Tamil murid tahun empat akan dinilai melalui Comic Strips dengan penggunaan aplikasi storyboard that. Semasa kajian ini dijalankan, kaedah pemerhatian akan digunakan terhadap sampel yang terlibat. Sampel yang terlibat adalah empat orang murid tahun empat. Pada masa yang sama penyelidik juga akan menemu bual dua orang guru untuk mengukuhkan lagi data yang bakal diperolehi. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di negeri Selangor. Kajian ini merangkumi beberapa cadangan untuk berkhidmat sebagai panduan untuk kajian masa depan. Semoga menerusi kajian ini diharap kualiti pembelajaran Bahasa Tamil dapat ditingkatkan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Penggunaan Comic Strips; Teks bahasa Tamil; Pembelajaran; Grafik; Kemahiran membaca
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 26 Aug 2025 07:51
      Last Modified: 26 Aug 2025 07:51
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15867

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item