Samuel Johnson's a journey to the western islands or Scotland and James Boswell's journal of a tour to the Hebrides: two narratives and two sensibilities / Carol Elizabeth Leon.

Carol Elizabeth, Leon (1990) Samuel Johnson's a journey to the western islands or Scotland and James Boswell's journal of a tour to the Hebrides: two narratives and two sensibilities / Carol Elizabeth Leon. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Kesusasteraan pengembaraan adalah amat popular dalam abad kelapan belas. Menerusi peninjauannya terhadap perkara - perkara yang pelbagai dan yang belum diketahui, kesusasteraan pengembaraan membayangkan dengan tepatnya semangat ingin tahu dan belajar yang merupakan diantara ciri-ciri utama zaman abad kelapan belas. Genre ini, seperti genre kesusasteraan yang lain pada ketika itu, telah dikawal ketat oleh kaedah-kaedah penulisan abad kelapan belas. Samuel Johnson dan James Boswell telah banyak menyumbang kepada genre yang kaya ini. Dalam tahun 1773, kedua orang penulis ini telah bersama-sama melakukan lawatan ke negara Scotland. Lawatan ini telah mengilhamkan dua karya yang menarik iaitu karya Johnson A Journey to the Western Islands of Scotland dan karya Boswell Journal of a Tour to the Hebrides. Kedua-dua karya ini merupakan contoh-contoh cemerlang kesusasteraan pengembaraan dan mencerminkan ciri-ciri penting kusasteraan abad kelapan belas. Walaupun lawatan ke Scotland imi merupakan satu pengalaman bersama, Journey dan Tour mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pendekatan dan fokus. Disertasi ini merupakan satu perbandingan di antara Journey dan Tour bagi tujuan menentukan pendekatan individu kedua penulis ini terhadap pengalaman pengembaraan mereka itu. Karya Journey menggambarkan sensibiliti Augustan manakala Tour mempunyai ciri-ciri sensibiliti Pre-Romantik. Karya Journey mebayangkan kesedaran Johnson terhadap tanggungjawab dan aspirasi seorang penulis pengembara Augustan. The Tour pula mengabungkan dua gejala utama kesusasteraan Inggeris iaitu Augustan dan Romantik. Walaupun Boswell amat menghormati fikiran Augustan Johnson, beliau, secara sedar atau tidak, menunjukkan di dalam penulisannya cirui-ciri gejala Romantik yang semakin kuat pengaruhnya pada penghujung abad kelapan belas. Tour mempunyai gaya dan corak yang boleh dihubungkait dengan gerakan Romantik. Sensibiliti-sensibiliti berbeza ini bukan sahaja menentukan pendekatan dua penulis ini di dalam karya-karya mereka tetapi juga mempengaruhi pandangan mereka terhadap manusia dan kehidupan. Di dalam mebandingkan persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan di antara kedua karya ini, beberapa pengaruh dan perubahan yang dialami oleh kesusasteraan pengembaraan abad kelapan belas akan juga dibincangkan.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: A dissertation submitted in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Arts of the University of Malaya
    Uncontrolled Keywords: Travel; In literature; Description and travel; Personal narratives; Herbrides (Scotland); Scotland
    Subjects: P Language and Literature > PE English
    P Language and Literature > PR English literature
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of English
    Depositing User: Mr Mohd Faizal Hamzah
    Date Deposited: 15 Aug 2013 11:42
    Last Modified: 15 Aug 2013 11:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4050

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item