Perubahan tahap kerintangan dalam nyamuk Culex quinquefasciatus, Aedes aegypti dan Aedes albopictus terhadap insektisid malathion, permethrin dan temephos / Hidayati Hamdan

Hamdan, Hidayati (2010) Perubahan tahap kerintangan dalam nyamuk Culex quinquefasciatus, Aedes aegypti dan Aedes albopictus terhadap insektisid malathion, permethrin dan temephos / Hidayati Hamdan. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (23Mb) | Preview

    Abstract

    Larva dan nyamuk betina Cx. quinquefasciatus, Ae. aegypti dan Ae. albopictus dilakukan ujian bioasai pada setiap generasi. Peringkat larva dikenakan tekanan pemilihan dengan insektisid malathion, permethrin dan temephos manakala dewasanya menggunakan insektisid malathion dan permethrin. Nisbah kerintangan larva Cx. quinquefasciatus adalah 52.68 dan 13,130 manakala dewasanya pula adalah 6.14 dan 10.37 kali bagi strain malathion dan permethrin. Nisbah kerintangan larva Ae. aegypti adalah 4.97, 64.16 dan 51.0 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos; dewasanya adalah 2.74 dan 4.48 kali bagi strain malathion dan permethrin. Nisbah kerintangan larva Ae. albopictus pula adalah 10.22, 21.1 dan 4.49 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos; dewasanya pula adalah 1.54 dan 2.68 kali bagi strain malathion dan permethrin. Bagi ujian bioasai dewasa Aedes spesies dan Cx. quinquefasciatus menunjukkan mortaliti 0% selepas didedahkan kepada temephos selama 1-3 jam tetapi menunjukkan kematian sebanyak 70% -80% selepas 24 jam.Ujian bioasai larva dan dewasa tanpa tekanan pemilihan bagi melihat penurunan kadar kerintangan. Penurunan nisbah kerintangan larva Cx. quinquefasciatus adalah 1.93 dan 1.97 kali; dewasanya pula adalah 1.64 dan 1.74 kali bagi strain malathion dan permethrin. Penurunan nisbah kerintangan larva Ae. aegypti adalah 2.49, 1.36 dan 6.26 kali bagi strain malathion , permethrin dan temephos manakala dewasanya pula adalah 1.11 dan 1.49 kali bagi strain malathion dan permethrin. Penurunan nisbah kerintangan larva Ae. albopictus adalah 1.17 dan 1.47, manakala dewasanya adalah 1.39 dan 1.27 kali bagi strain malathion dan permethrin.Ujian kerintangan silang adalah untuk melihat kewujudan kerintangan silang di dalam strain-strain nyamuk terhadap dos-dos diagnostik WHO iaitu DDT (4.0%),permethrin (0.75%), malathion (5%), propoxur (0.1%), fenitrothion(1%), -cyhalothrin (0.05%) dan cyfluthrin (0.15%) menggunakan kaedah bioasai. Nyamuk betina Cx. xv quinquefasciatus dan Ae. aegypti dari strain malathion dan permethrin juga Ae. aegypti strain temephos menunjukkan kerintangan yang tinggi terhadap DDT dan fenitrothion.Ae. aegypti strain malathion dan temephos menunjukkan toleransi terhadap propoxur tetapi tidak bagi Ae. aegypti strain permethrin. Kedua-dua strain Cx. quinquefasciatus menunjukkan kerintangan yang tinggi terhadap propoxur. Kesemua strain menunjukkan sifat tolerans terhadap -cyhalothrin, cyfluthrin dan permethrin.Teknik mikroasai adalah untuk menentukan peningkatan aktiviti enzim esterase tak spesifik, AChE dan MFO yang dikaitkan dengan peningkatan kerintangan. Peningkatan aktiviti enzim esterase bagi larva Cx. quinquefasciatus adalah 6.66 dan 4.3kali; dewasanya adalah 6.89 dan 4.08 kali bagi strain malathion dan permethrin. Larva Ae. aegypti menunjukkan peningkatan 4.27, 4.05 dan 1.98 kali; dewasanya pula adalah 3.64 , 2.43 dan 3.91 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos. Larva Ae. albopictus menunjukkan peningkatan 4.37, 4.42 dan 3.11 kali; dewasanya adalah 3.81,3.78 dan 3.48 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos.Peningkatan aktiviti enzim MFO dalam larva Cx. quinquefasciatus adalah 5.54 dan 6.1 kali, dewasanya adalah 2.69 dan 2.7 kali bagi strain malathion dan temephos.Larva Ae. aegypti menunjukkan peningkatan 3.96 , 4.03 dan 4.31 kali; dewasanya pula adalah 1.79, 2.0 dan 1.95 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos. Ae.albopictus peringkat larva menunjukkan peningkatan sebanyak 2.71, 2.5 dan 2.45 kali;dewasanya adalah 2.39, 1.96 dan 1.76 kali bagi strain malathion, permethrin dan temephos. Enzim AChE di dapati tidak memainkan peranan di dalam peningkatan kerintangan bagi kesemua spesies dan strain kerana ia masih boleh lagi direncat oleh kepekatan propoxur 25mg/L. Ujian pengenalpastian kerintangan mendapati esterase E4 terdapat dalam semua strain malathion dan temephos samada pada peringkat larva atau dewasa, menunjukkan ia mungkin memainkan peranan dalam kerintangan nyamuknyamuk yang didedahkan kepada insektisid organofosfat.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Mosquitoes--Insecticide resistance; Culex quinquefasciatus--Insecticide resistance; Aedes aegypti--Insecticide resistance; Aedes albopictus--Insecticide resistance; Biological assay; Malathion--Toxicology; Temephos--Physiological aspects
    Subjects: Q Science > Q Science (General)
    Q Science > QH Natural history
    Divisions: Faculty of Science
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 27 Sep 2014 11:26
    Last Modified: 27 Sep 2014 11:26
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4322

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item