Abd. Malek, Mastura (2009) Kajian bioaktiviti dan kandungan kimia Cassia alata L. dan Cassia tora L. / Mastura binti Abd. Malek. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (4032b) | Preview | |
| PDF Download (4Kb) | Preview | |
| PDF Download (119Kb) | Preview | |
| PDF Download (2556Kb) | Preview | |
| PDF Download (223Kb) | Preview | |
| PDF Download (174Kb) | Preview | |
| PDF Download (1853Kb) | Preview | |
| PDF Download (194Kb) | Preview | |
| PDF Download (15Kb) | Preview | |
| PDF Download (8Kb) | Preview | |
| PDF Download (56Kb) | Preview | |
| PDF Download (3251Kb) | Preview | |
| PDF Download (67Kb) | Preview | |
| PDF Download (128Kb) | Preview | |
| PDF Download (8Kb) | Preview | |
| PDF Download (6Kb) | Preview | |
| PDF Download (60Kb) | Preview | |
| PDF Download (62Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (117Kb) | Preview | |
| PDF Download (68Kb) | Preview |
Abstract
Kajian telah dijalankan ke atas dua spesies tumbuhan ubatan iaitu Cassia alata L. dan Cassia tora L. untuk mengenalpasti kandungan kimia yang hadir dan bioaktivitinya. Penskrinan fitokimia terhadap ekstrak-ekstrak tumbuhan kajian menunjukkan kehadiran sebatian-sebatian seperti antrakuinon, terpenoid dan flavanoid. Aktiviti antimikrob oleh ekstrak tumbuhan kajian dikaji terhadap beberapa strain bakteria, yis dan kulat yang bersifat patogenik kepada manusia. Cassia alata L. dan Cassia tora L. menunjukkan aktiviti antimikrob yang kuat ke atas strain bakteria. Ujian antioksidan yang terdiri daripada tiga jenis asai iaitu asai pelupusan DPPH, asai pengurangan kuasa dan asai pelunturan β-karotena telah dijalankan untuk mengkaji aktiviti antioksidan ekstrak sampel dan keputusan menunjukkan ekstrak metanol Cassia alata L. dan Cassia tora L. mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Ujian ketoksikan akut dan iritasi dermal telah dilakukan terhadap ekstrak tumbuhan kajian dan didapati ia adalah selamat dan tidak menyebabkan ketoksikan akut serta tidak merengsa. Daripada ujian edema tapak kaki teraruh-formaldehid didapati Cassia alata L. dan Cassia tora L. mempunyai ciri-ciri anti-inflammasi. Sebatian kimia aloe-emodin termetil dan emodin telah diasingkan dari Cassia alata L. manakala sebatian kimia krisofanol dan kaempferol pula dipencilkan dari Cassia tora L. Sebatian-sebatian kimia ini dikenalpasti melalui penganalisaan data-data spektroskopi. Emodin dan kaempferol menunjukkan aktiviti antimikrob yang tinggi dengan nilai MIC dalam lingkungan dari 3.91 μg/ml hingga 62.50 μg/ml. Kaempferol menunjukkan aktiviti antioksidan yang lebih tinggi daripada emodin dengan nilai IC50 21 μg/ml.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Sc.) -- Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | Medicinal plants--Analysis |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) Q Science > QH Natural history |
Divisions: | Faculty of Science |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 14 Oct 2014 11:23 |
Last Modified: | 14 Oct 2014 11:23 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4398 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |