Mohammad Hafiz, Abdul Khodir (2012) Metodologi imam Al-Shafiʽi dalam qawl qadim dan qawl jadid / Mohammad Hafiz Abdul Khodir. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Hukum syariat Islam terbina di atas dua sumber utama wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui kedua sumber itu, terhasilnya sumber-sumber hukum yang lain. Berdasarkan sumber-sumber hukum itu pula, terciptanya metodologi-metodologi hukum bagi mengguna pakai dan memahami penggunaan sumber-sumber hukum tersebut. Imam al-Shafiʽi merupakan penyusun pertama ilmu usul al-fiqh atau kaedah metodologi hukum. Bagaimana pun, Imam al-Shafiʽi juga terkenal dalam madhhabnya dengan dua qawl, iaitu qawl qadimnya di Iraq dan qawl jadidnya di Mesir. Namun tidak kesemua qawl qadim al-Shafiʽi itu mengalami perubahan hukum. Tetapi secara pasti, setiap qawl al-Shafiʽi itu berasaskan kepada metodologi hukumnya tersendiri. Justeru, penulis cuba melakukan analisa terhadap beberapa masalah fiqhiyyah secara perbandingan antara kedua metodologi qawl al-Shafiʽi ini. Bagi mengumpul data-data kajian, metode dokumentasi dan metode kajian perpustakaan telah digunakan sepenuhnya. Maka kajian banyak merujuk kitab rujukan utama fiqh al-Shafiʽi, kitab usul al-fiqh, kitab qawaʽid al-fiqh, kitab sharh al-hadith, kitab al-tarikh (sejarah), artikel-artikel fiqh. Secara umum, kajian ini banyak menggunakan metode komparatif dalam menganalisa dapatan kajian, selain metode induktif dan deduktif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Imam al-Shafiʽi mempunyai metodologi yang berbeza diantara kedua qawlnya dalam berijtihad.Sebagai contoh dalam qawl jadid beliau mengambil kira metode hukum al-masalih al-mursalah, al-istishab, dan sadd al-dhara’iʽ sebagai sumber ijtihadnya.Sedangkan qawl qadim lebih berpegang kepada kekuatan zahir al-nas dan al-qiyas semata-mata.Oleh itu, kajian ini memperlihatkan kepentingan penggunaan metodologi hukum dan pendekatan hukum dalam mencorakkan kepelbagaian dan percambahan ijtihad.
Actions (For repository staff only : Login required)