Metodologi ijtihad Imam al-Shafi'i : analisis pembaharuan berkaitan aspek munakahat di Malaysia / Zulfahmi

., Zulfahmi (2011) Metodologi ijtihad Imam al-Shafi'i : analisis pembaharuan berkaitan aspek munakahat di Malaysia / Zulfahmi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1225Kb) | Preview

    Abstract

    Hukum Islam boleh berubah sesuai dengan perkembangan masa dan tempat. Di Malaysia, perkembangan dan perubahan hukum Islam berubah dari masa ke semasa sesuai dengan keperluan masyarakat setempat. Secara umum, hukum Islam di Malaysia adalah bersumberkan kepada rujukan dalam mazhab al-Shafi’i. Bahkan, menjadi kewajipan untuk merujuk kepada qawl yang muktabar dalam mazhab al-Shafi'i dalam semua fatwa yang diputuskan sepertimana peruntukan yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan. Jika ingin beramal dengan mazhab yang lain, perlu mendapat restu dan persetujuan daripada Yang DiPertuan Agong. Disertasi ini bertujuan untuk mengkaji metodologi ijtihad Imam al-Shafi'i dalam melakukan pembaharuan hukum di bidang munakahat khususnya di Malaysia. Fokus kajian adalah tertumpu kepada dua perkara utama, iaitu; [Pertama] Mengenal pasti metodologi Imam al-Shafi'i, dan [Kedua] Menerangkan bagaimana metodologi ijtihad Imam al-Shafi'i boleh diaplikasikan dalam melakukan pembaharuan hukum Islam khususnya dalam bidang munakahat di Malaysia. Kajian ini terdiri daripada enam (6) bab iaitu, Bab pertama tentang pendahuluan; Bab kedua tentang biografi Imam al-Shafi'i; Bab ketiga penjelasan berhubung dengan ijtihad dalam perspektif Imam al-Shafi'i; Bab keempat tentang pembaharuan hukum Islam; Bab kelima berkaitan dengan analisis pembaharuan dalam aspek munakahat di Malaysia; dan Bab Keenam kesimpulan dan cadangan serta saranan. Kajian ini mengaplikasikan metode analisis data secara deduktif dan induktif. Metode deduktif diguna pakai dalam menganalisis metode ijtihad Imam al-Shafi'i. Hasil analisis mendapati bahawa metodologi ijtihad Imam al-Shafi'i terdiri dari dua metode iaitu metode bayani dan metode qiyasi. Metode induktif pula digunakan untuk menganalisis tentang pembaharuan hukum khususnya dalam bidang munakahat di Malaysia. Kajian dilakukan dengan mengambil beberapa contoh pembaharuan hukum dalam bidang munakahat yang telah dilakukan di Malaysia, iaitu pendaftaran perkahwinan, persetujuan calon pengantin, talak di hadapan mahkamah dan keizinan berpoligami. Berdasarkan kepada kajian terhadap keseluruhan contoh tersebut, didapati bahawa metodologi mazhab al-Shafi'i masih lagi sesuai dengan pembaharuan hukum Islam khususnya dalam bidang munakahat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Shafi`i, Muhammad ibn Idris, 767 or 768-820; Islamic law--Interpretation and construction; Marriage (Islamic law)--Malaysia; Marriage--Religious aspects--Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 09 Jun 2015 16:01
    Last Modified: 09 Jun 2015 16:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5105

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item