Analisis terhadap peranan Yang Dipertuan Agong di Malaysia sebagai Ketua Negara menurut perspektif Islam / Adifarizal bin Mohd Ariffin

Mohd Ariffin, Adifarizal (2012) Analisis terhadap peranan Yang Dipertuan Agong di Malaysia sebagai Ketua Negara menurut perspektif Islam / Adifarizal bin Mohd Ariffin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (69Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1103Kb) | Preview

        Abstract

        Peranan-peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara di Malaysia merupakan salah satu faktor yang amat penting bagi memastikan institusi tersebut kekal menjadi aset yang berharga kepada rakyat dan negara. Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berperlembagaan, peranan baginda sepatutnya tidak terhad kepada fungsi simbolik yang berbentuk kuasa fungsional semata-mata. Tambahan pula, sebagai seorang ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai amanah yang besar di sisi Islam untuk melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan dengan penjagaan agama dan pengurusan kehidupan rakyat berdasarkan panduan syariat Islam. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis peranan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia sebagai ketua negara menurut perspektif Islam. Kajian ini turut menghuraikan peranan ketua negara menurut perspektif Islam dan menjelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan mengenal pasti ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan peranannya sebagai ketua negara seperti yang dituntut oleh Islam. Kajian ini termasuk ke dalam kategori penyelidikan kualitatif yang diklasifikasikan sebagai penyelidikan asas. Oleh kerana itu, metode kajian perpustakaan digunakan sepenuhnya untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan subjek kajian daripada pelbagai jenis dokumen bertulis dan elektronik. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk memperolehi data-data secara mendalam mengenai subjek kajian daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku, artikel, disertasi, jurnal, kertas kerja/prosiding seminar dan laman web. Kaedah triangulasi data pula digunakan untuk mempelbagaikan sumber data berkenaan subjek kajian bagi mengukuhkan lagi data-data kajian yang dikumpulkan. Manakala kaedah induktif/induktif-generatif, deduktif dan perbandingan telah digunakan untuk menganalisis data-data kajian yang diperolehi. Hasil kajian mendapati terdapat ruang yang luas buat Yang di-Pertuan Agong memulakan inisiatif dan memainkan peranan yang aktif dalam melindungi kedudukan serta kepentingan Islam di peringkat persekutuan untuk melaksanakan peranan ketua negara bagi menjaga agama seperti yang dikehendaki oleh Islam. Selain itu, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang raja berperlembagaan juga tidak menghalang baginda memainkan peranan semak dan seimbang untuk mempengaruhi malah merubah perlaksanaan kuasa eksekutif oleh kerajaan yang memerintah agar sentiasa berada dalam kerangka yang dibenarkan oleh Islam berasaskan faktor maslahah ‘ammah. Manakala peranan-peranan Yang di-Pertuan Agong yang berbentuk simbolik dan pada asalnya bersifat pasif boleh berubah kepada bentuk yang lebih aktif dalam keadaan-keadaan kritikal untuk mengelakkan sebarang eksploitasi jentera pentadbiran kerajaan untuk tujuan yang bertentangan dengan syariat Islam. Ia juga berupaya memastikan perlaksanaan prinsip syura dan kewajipan al-amr bi alma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar melalui sistem perwakilan dalam badan legislatif. Selain itu, peranan berbentuk simbolik sebagai simbol penyatuan yang menjadi lambang perpaduan turut penting untuk mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam bersama-sama masyarakat bukan Islam yang turut berkongsi aspirasi yang sama sebagai seorang warganegara bagi mewujudkan kestabilan sosiopolitik negara.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Siasah dan Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
        Uncontrolled Keywords: Leadership--Religious aspects--Islam; Malaysia--Kings and rulers
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        J Political Science > JQ Political institutions Asia
        Divisions: Academy of Islamic Studies
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 09 Jun 2015 16:38
        Last Modified: 09 Jun 2015 16:38
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5124

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item