Perumpamaan Melayu : kajian terhadap penggunaannya oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar Juzu' 27 / Imron Baehaqi

Baehaqi, Imron (2012) Perumpamaan Melayu : kajian terhadap penggunaannya oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar Juzu' 27 / Imron Baehaqi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (106Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (603Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1062Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (146Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (108Kb) | Preview

            Abstract

            Disertasi yang bertajuk: "Perumpamaan Melayu: Kajian Terhadap Penggunaannya Oleh HAMKA Dalam Tafsir al-Azhar Juzu' 27" merupakan satu kajian mengenai perumpamaan Melayu yang dikemukakan oleh HAMKA dalam kitab tafsirnya, al-Azhar dengan bertumpu pada juzuk 27. HAMKA adalah salah seorang tokoh Nusantara yang memiliki banyak kelebihan. Beliau dikenal sebagai ulama, pujangga, ahli falsafah, ahli sejarah, pejuang Islam, sasterawan, budayawan, ahli politik dan penulis yang prolifik. Tidaklah berlebihan, kalau HAMKA juga dikatakan sebagai ahli tafsir kerana keberhasilannya menulis karya tafsir secara lengkap, iaitu tafsir al-Azhar. Dalam mentafsirkan suatu ayat, didapati bahawa HAMKA menggunakan pendekatan bahasa yang mudah difahami, khususnya oleh masyarakat Melayu. Hal ini ditandai dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti perumpamaan apabila menghuraikan tafsirannya terhadap suatu ayat Qur’an. Perumpamaan merupakan suatu ungkapan yang berfungsi untuk memperjelas inti perbincangan yang hendak disampaikan sehingga orang yang diajak bicara boleh memahami maksud perbincangan tersebut dengan cermat dan baik. Gaya bahasa ini memiliki ciri-ciri khusus, seperti kalimatnya ringkas, jelas, mudah dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan perumpamaan-perumpamaan HAMKA, memperkenalkan pengertian perumpamaan Melayu, asal-usulnya dan jenisnya, memperkenalkan riwayat hidup HAMKA dan sekilas tentang tafsir al-Azhar serta memperkenalkan secara ringkas tentang surah-surah yang termasuk ke dalam juzuk 27. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan perumpamaan dan penggunaannya oleh HAMKA dalam huraian tafsir Qur’an, mendedahkan makna dan jenis perumpamaan serta menjelaskan hubungan perumpamaan tersebut dengan suatu ayat yang ditafsirkan dengan contoh-contohnya. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan penyelidikan perpustakaan, pengumpulan data dengan menggunakan metode dokumentasi dan metode historis. Sedangkan dalam menganalisis data-data yang sudah diperoleh tersebut, penulis memakai metode kualitatif. Di antara hasil kajian ini ialah menghuraikan tafsiran suatu ayat Qur’an, khususnya juzuk 27, HAMKA banyak mengemukakan gaya bahasa perumpamaan. Perumpamaan yang sudah berhasil penulis himpun dibahagikannya kepada dua jenis, iaitu perumpamaan metafora dan perumpamaan semile. Dalam hal ini, penulis menemukan sebanyak 79 perumpamaan, 30 perumpamaan metafora dan 49 perumpamaan simile. Pentafsiran ayat-ayat Qur’an dengan penggunaan perumpamaan Melayu seperti ini adalah salah satu cara yang efektif dan impresif (berkesan) sehingga dapat membantu masyarakat Melayu dalam memudahkan proses pemahamannya terhadap maksud yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.

            Item Type: Thesis (Masters)
            Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
            Uncontrolled Keywords: Hamka, 1908-1981--Tafsir al-Azhar; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc; Proverbs, Malay
            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 10 Jun 2015 10:25
            Last Modified: 10 Jun 2015 10:25
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5131

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item