Pembiayaan kenderaan secara Islam : kajian perbandingan konsep dan operasinya di Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Mualmalat Malaysia Berhad / Mohd Usoff Zakaria

Zakaria, Mohd Usoff (2014) Pembiayaan kenderaan secara Islam : kajian perbandingan konsep dan operasinya di Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Mualmalat Malaysia Berhad / Mohd Usoff Zakaria. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (33Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (445Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (313Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (379Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (656Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (560Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (285Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (398Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (4Kb) | Preview

                    Abstract

                    Kajian ini menjelaskan perbandingan konsep dan operasi pembiayaan kenderaan secara Islam yang ditawarkan oleh dua buah institusi perbankan Islam terawal negara dengan melihat kepada sejarah penawarannya, kaedah atau instrumen yang digunapakai, skop dan terma pembiayaan yang ditawarkan, pendekatan susulan dan kutipan yang diambil serta perkembangan terkini dan prospek pembiayaan ini di masa akan datang. Di samping faktor telah lama bertapak dalam industri perbankan Islam negara, BIMB dan BMMB dipilih sebagai subjek kajian memandangkan kedua-duanya terbentuk dan beroperasi secara Islam sepenuhnya tanpa terikat dengan institusi induk perbankan yang beroperasi secara konvensional sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah institusi perbankan Islam subsidiari yang lain. Bagi mencapai objektif kajian ini, dua metode utama telah digunapakai oleh pengkaji. Pertamanya ialah metode pengumpulan data yang terdiri dari penyelidikan perpustakaan bertujuan mendapat maklumat secara umum berkenaan pembiayaan kenderaan secara Islam dan penyelidikan lapangan melalui temubual bertujuan mendapatkan maklumat dan data secara khusus dari kedua-dua institusi berkenaan terutamanya melibatkan dasar dan operasi. Keduanya ialah metode analisis data menggunakan pendekatan yang lebih kepada komparatif di samping induktif dan deduktif bagi membuat perbandingan tentang pembiayaan ini di antara dua buah institusi tersebut berpandukan kepada aspek-aspek yang dijelaskan di atas. Walaupun menyentuh tentang konsep dan operasi yang dijalankan secara umum, perbincangan yang dibuat juga memberi tumpuan kepada kaedah pembiayaan yang digunakan dan penggunaannya dalam konteks semasa dengan merujuk kepada piawaian tertentu yang dijadikan panduan utama seperti Resolusi Syariah BNM dan Piawaian AAOIFI. Kajian mendapati bahawa kedua-dua kaedah yang digunakan pada asasnya adalah dilaksanakan selaras dengan kehendak Syariah seperti tiada unsur bay‘ al-‘inah dalam BBA, pengasingan dan turutan berlaku ke atas kontrak sewaan dan jualan dalam AITAB. Namun begitu, peratus penggunaan kedua-dua kaedah ini dalam keseluruhan produk pembiayaan telah mengalami kemerosotan dan ketidaktentuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di BMMB kerana melibatkan bersama penyusutan jumlah aset pembiayaan kenderaan sedangkan di BIMB jumlah tersebut adalah sebaliknya. Hasil kajian yang utama mendapati pembiayaan kenderaan yang terdapat di BIMB secara keseluruhannya lebih baik berbanding yang terdapat di BMMB.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                    Uncontrolled Keywords: Bank Islam Malaysia Bhd; Bank Muamalat Malaysia Bhd; Banks and banking--Religious aspects--Islam; Automobile industry and trade--Finance--Religious aspects--Islam; Automobile industry and trade--Malaysia; Loans (Islamic law)
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    H Social Sciences > HG Finance
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 10 Jun 2015 17:55
                    Last Modified: 10 Jun 2015 17:55
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5160

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item