Sektor pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor : kajian tentang pelaksanaan program dakwah dan keberkesanannya / Mohamad Zaki bin Hamid

Hamid, Mohamad Zaki (2009) Sektor pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor : kajian tentang pelaksanaan program dakwah dan keberkesanannya / Mohamad Zaki bin Hamid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (682Kb) | Preview

    Abstract

    Fenomena gejala sosial di kalangan murid-murid sekolah dan pelanggaran peraturan sekolah oleh guru-guru perlu dibendung dan dikawal. Pendekatan paling sesuai dan berkesan adalah dengan mengadakan program dakwah kepada guru-guru dan murid-murid tersebut agar dapat membentuk peribadi yang mulia seterusnya melaksanakan tanggungjawab kepada agama dan negara. Oleh itu program dakwah yang berkesan perlu dilakukan secara berterusan dan bersistematik. Persoalannya sejauhmanakah usaha dakwah ini telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar dan guru Pendidikan Islam di negeri Selangor? Justeru, kajian ini akan membincangkan program dakwah yang dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) terhadap pelajar-pelajar dan guru Pendidikan Islam di negeri Selangor. Ia bertujuan menilai tahap keberkesanan program dakwah tersebut yang melibatkan tahap penerimaan atau penghayatan pelajar-pelajar dan guru Pendidikan Islam. Di samping itu, kajian juga difokuskan kepada sikap pelajar-pelajar dan guru Pendidikan Islam terhadap program dakwah yang dilaksanakan dan juga mengenal pasti masalah-masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan program dakwah tersebut. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 pelajar-pelajar Islam dan 242 guru Pendidikan Islam yang pernah mengikuti program dakwah yang dijalankan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor. Semua permasalahan yang dikemukakan itu dianalisis menggunakan program SPSS for Windows (Version 12.0) berdasarkan soal selidik kajian. Secara umum dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan yang sangat tinggi ke atas pelajar-pelajar Islam dan tahap keberkesanan yang sederhana ke atas guru Pendidikan Islam. Tahap keberkesanan yang berbeza ini disebabkan oleh sikap yang ditunjukkan oleh peserta terhadap program dakwah, pengisian dan kaedah program yang dijalankan dan juga kecekapan pengurusan urus setia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Selangor--Jabatan Pelajaran; Da'wah (Islam)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Jun 2015 17:54
    Last Modified: 15 Jun 2015 17:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5172

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item