Kemahiran bacaan al-Fatihah dalam kalangan jemaah masjid : kajian di masjid-masjid daerah Hulu Langat, Selangor / Imran bin Kamal Basah

Kamal Basah, Imran (2010) Kemahiran bacaan al-Fatihah dalam kalangan jemaah masjid : kajian di masjid-masjid daerah Hulu Langat, Selangor / Imran bin Kamal Basah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (139Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (276Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (612Kb) | Preview

        Abstract

        Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama dalam turutan surah dalam al-Quran. Surah yang disepakati mempunyai tujuh ayat, 25 kalimah dan 113 huruf ini dibaca oleh setiap muslim 17 ke 70 kali sehari di dalam solat fardu, solat sunat, wirid dan lain-lain. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kemahiran bacaan surah al-Fatihah di kalangan jemaah masjid di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 390 orang jemaah masjid dipilih secara rawak daripada 13 buah masjid di derah Hulu Langat. Kajian ini melihat secara menyeluruh tentang kemahiran dalam pembacan surah al-Fatihah yang meliputi aspek mengikut hukum Tajwid dengan tepat, sebutan huruf dari segi Fasahah yang baik, Makhraj huruf yang tepat serta tidak melakukan kesalahan besar atau kecil. Kajian ini juga bertujuan mengetahui hubungan kelas pengajian Tajwid yang diadakan di masjid dalam mempengaruhi tahap bacaan surah al-Fatihah di kalangan jemaah masjid. Metode yang digunakan adalah temubual dan rakaman. Data kajian ini diperolehi melalui temubual yang dijalankan oleh penyelidik sendiri serta ujian pembacaan yang dilaksanakan pada responden. Data berbentuk huraian atau kualitatif akan dianalisis mengikut kandungan dan tema manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan sistem Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 13.0. Kajian ini mendapati kebolehan membaca surah al-Fatihah di kalangan jemaah masjid umumnya masih di tahap sederhana, malah 31.3% jemaah masjid berada di kategori rendah dengan melakukan sekurang-kurangnya satu kesalahan besar semasa membaca surah al-Fatihah. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya kaitan atau hubungan diantara kewujudan kelas pengajian Tajwid dengan tahap kemahiran pembacaan surah al-Fatihah serta terdapat hubungan antara sambutan terhadap kelas pengajian Tajwid yang diadakan oleh masjid-masjid dengan tahap kemahiran pembacaan surah al-Fatihah jemaah masjid. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan tahap kemahiran bacaan surah al-Fatihah di kalangan umat Islam khususnya di daerah Hulu Langat.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
        Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Surat al-Fatihah; al-Qur'an--Readings; al-Qur'an--Study and teaching--Case studies
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 17 Jun 2015 13:39
        Last Modified: 17 Jun 2015 13:39
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5215

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item