Meludin, Mohammad Redzuan (2015) Persepsi masyarakat Cina terhadap masyarakat Islam di negara Brunei Darussalam / Mohammad Redzuan bin Meludin. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Perkembangan Islam di Brunei Darussalam dari dulu lagi semakin aktif apatah lagi di abad ke 20 ini banyak usaha dan strategi dakwah yang diusahakan demi menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini memberi tumpuan untuk mengukur pengetahuan masyarakat Cina tentang agama Islam di samping mengkaji persepsi mereka terhadap agama Islam dan masyarakat Islam di Brunei Darussalam. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan metode perpustakaan dan metode kajian lapangan yang menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen utama penyelidikan. Ada pun kajian yang dibuat hanya menumpukan kepada bangsa Cina yang bukan beragama Islam yang menetap di daerah Brunei Muara. Hasil dapatan penyelidikan mendapati pengetahuan bangsa Cina tentang Islam di Brunei Darussalam adalah sangat baik. Dari sudut persepsi mereka pula terhadap Islam dan masyarakat Islam di Brunei Darussalam adalah kebanyakannya positif. Walaupun kebanyakan bangsa Cina berpandangan baik terhadap Islam dan masyarakat Islam di Brunei Darussalam namun terdapat beberapa faktor yang membuatkan mereka untuk menolak agama Islam sebagai pegangan mereka dan faktor yang utama ialah kesusahan mereka untuk menerima peraturan yang banyak dalam ajaran Islam.
Actions (For repository staff only : Login required)