Aliran tafsir di Indonesia : kajian perbandingan di antara al-Furqan fi tafsir al-Qur'an karya A. Hassan dan al-Ibriz lima'rifat tafsir al-Qur'an al-'aziz karya Kh. Bisri Mustofa / Mohammad Arif Abdurrazaq

Abdurrazaq, Mohammad Arif (2012) Aliran tafsir di Indonesia : kajian perbandingan di antara al-Furqan fi tafsir al-Qur'an karya A. Hassan dan al-Ibriz lima'rifat tafsir al-Qur'an al-'aziz karya Kh. Bisri Mustofa / Mohammad Arif Abdurrazaq. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (147Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (168Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (441Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (398Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1889Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (571Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (115Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (132Kb) | Preview

                  Abstract

                  Penyelidikan dengan tajuk “Aliran Tafsir di Indonesia: Kajian Perbandingan di antara al-Furqān Fi Tafsir al-Qur’ān karya A. Hassan dan al-Ibriz Lima’rifat Tafsir al-Qur’ān al- ‘Aziz karya KH. Bisri Mustofa” merupakan kajian tentang karya dua tokoh Nusantara. Objektif kajian ini adalah memperkenalkan kedua-dua tokoh yang telah memberikan sumbangan kepada khazanah tafsir Nusantara. Ia juga mengkaji secara perbandingan di antara dua tafsir tersebut dari sudut metodologi penulisan, pentafsiran, dan pemikiran tentang isu Hurūf al-Muqatta’ah, akidah dan hukum hakam. Bagi mencapai objektif di atas, metodologi berikut telah digunakan, iaitu metode pengumpulan data dan metode penganalisaan data. Bagi metode yang pertama, kajian perpustakaan, metode dokumentasi dan temubual telah digunapakai. Manakala penganalisaan data pula, metode induktif, deduktif telah digunakan. Antara penemuan yang didapati daripada penyelidikan ini ialah; Kedua-dua tokoh ini mempunyai latar belakang pemikiran yang berbeza, A. Hassan datang membawa aliran pemikiran islah, manakala KH. Bisri Mustofa berjuang menerusi pemikiran Islam tradisional, maka dua aliran pemikiran yang berbeza tersebut sedikit sebanyak ia mempengaruhi karya tafsirnya. Dari sudut metodologi penulisan ia amat jauh berbeza, al-Furqān Fi Tafsir al-Qur’ān ditulis dalam bahasa Indonesia manakala tafsir al-Ibriz Lima’rifat Tafsir al-Qur’ān al-‘Aziz ditulis dalam bahasa Jawa dengan menggunakan pemaknaan secara harfiyah kemudian tafsiran secara umum dibahagian tepi. Dari sudut metodologi pentafsiran pula tidak terlalu banyak perbezaan. Sumber pentafsiran A. Hassan ialah al-Qur’ān bi al-Qur’ān, Hadith Nabi, perkataan Sahabat. Manakala KH. Bisri Mustofa menggunakan sumber yang sama akan tetapi beliau memasukkan cerita Israiliyyat dalam tafsirnya. Dari sudut pemikiran yang meliputi bidang akidah ada banyak perbezaan, A. Hassan tidak mentakwil ayat sifat, manakala KH. Bisri Mustofa mentakwilnya, tentang Hurūf al-Muqatta’ah pula sebaliknya A. Hassan mentafsirkan, manakala KH. Bisri Mustofa memilih tidak mentafsirkannya. Dalam bidang fiqh pula A. Hassan tidak terikat dengan mana-mana mazhab, manakala KH. Bisri Mustofa merujuk kepada mazhab imam Shafi’i. Kedua-dua tafsir ini merupakan tafsir yang menggabungkan antara riwāyah dan dirāyah. Kajian ini akan didahului dengan membincangkan sejarah ringkas perkembangan dan aliran tafsir di Indonesia, kemudian mengenalkan kedua-dua tokoh dari sudut asal usul, biografi, dan karya tulis yang dihasilkan. Lalu Penulis akan menumpukan kepada kajian perbandingan di antara dua tafsir tersebut dari sudut metodologi penulisan, pentafsiran, dan pemikiran tentang isu Hurūf al-Muqatta’ah, akidah dan hukum hakam. Semoga hasil kajian ini bermanfaat bagi penulis dan pembaca.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                  Uncontrolled Keywords: Hassan, A.--al-Furqan fi tafsir al-Qur'an; Mustofa, Bisri, K.H.--al-Ibriz lima'rifat tafsir al-Qur'an al-'aziz; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc.
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                  Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                  Date Deposited: 26 Jun 2015 13:23
                  Last Modified: 26 Jun 2015 13:23
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5242

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item