Pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajian al-Qur'an dalam kalangan masyarakat Felda : kajian di Felda Bukit Goh Kuantan, Pahang / Haizuran bin Mohd Jani

Mohd Jani, Haizuran (2013) Pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajian al-Qur'an dalam kalangan masyarakat Felda : kajian di Felda Bukit Goh Kuantan, Pahang / Haizuran bin Mohd Jani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (14Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (157Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (232Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (306Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (177Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (241Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (781Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (123Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (141Kb) | Preview

                    Abstract

                    Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajian al-Qur’an dalam kalangan masyarakat FELDA: Kajian di FELDA Bukit Goh, Kuantan Pahang. Kajian ini dijalankan di lapan buah kelas pengajian al-Qur’an yang terdapat di masjid, surau dan rumah sekitar FELDA Bukit Goh. Objektifnya ialah untuk mengkaji dan menyelidiki bentuk kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengkaji bentuk pelaksanaan kelas pengajian al-Qur’an yang dilalui oleh masyarakat FELDA Bukit Goh dan seterusnya, mengenal pasti sejauh mana golongan ini boleh menguasai al-Qur’an selepas menghadiri kelas pengajian al-Qur’an. Kajian ini telah menggunakan metode kajian lapangan dan perpustakaan. Bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi, metode tinjauan, temubual dan pemerhatian juga turut digunakan. Datanya diterangkan dalam lima bab untuk menjelaskan kerangka teori dan latar belakang bagi menjawab keperluan permasalahan kajian. Dimulai dengan bab pendahuluan, kemudian disusuli bab satu yang membincangkan mengenai kaedah pengajian al-Qur’an di Malaysia. Manakala bab dua pula menerangkan perihal sejarah lokasi kajian iaitu FELDA Bukit Goh. Sementara bab tiga menjelaskan mengenai aktiviti dan kaedah pengajian al-Qur’an di FELDA Bukit Goh. Seterusnya, dalam bab empat pula menjelaskan tentang laporan penyelidikan dan analisis data. Dalam bab ini, metode soal selidik digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 orang responden dalam kalangan pelajar kelas pengajian al-Qur’an di FELDA Bukit Goh. Kemudian, data-data soal selidik dianalisis melalui Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Social Science/SPSS) Versi 17.0. Analisis statistik diskriptif seperti frekuensi, peratusan dan graf telah dijalankan dalam kajian ini, diikuti analisis korelasi Spearman r. Justeru, pada bab akhir pengkaji mengemukakan rumusan dan cadangan bagi penambahbaikan kajian susulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar, bentuk pelaksanaan pengajian yang dilalui oleh peserta dan tahap penguasaan al-Qur’an oleh golongan kajian selepas mereka menghadiri kelas pengajian al-Qur’an. Hasil soal selidik dan ujian keberkesanan mendapati kaedah pengajaran yang berkesan diikuti pelaksanaan kelas pengajian al-Qur’an yang sistematik mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam ilmu al-Qur’an. Permasalahan yang timbul boleh diatasi dan ini tidak memberi kesan negatif kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian ini perlu diambil berat oleh pihak berkaitan agar kelas ini dapat berjalan dengan baik, lebih menarik minat masyarakat FELDA serta mampu melahirkan insan yang sempurna selari dengan kehendak al-Qur’an dan al-Hadith.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                    Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Study and teaching--Pahang; Islamic religious education--Pahang
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 20 Jun 2015 09:38
                    Last Modified: 20 Jun 2015 09:38
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5249

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item