Sukuk ijarah : konsep dan amalannya dalam pasaran modal Islam di Malaysia / Muhammad Azizur Rahman bin Ramli

Ramli, Muhammad Azizur Rahman (2010) Sukuk ijarah : konsep dan amalannya dalam pasaran modal Islam di Malaysia / Muhammad Azizur Rahman bin Ramli. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (45Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (208Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (223Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (505Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (623Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (292Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (131Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (146Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (4Mb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (22Kb) | Preview

                      Abstract

                      Sukuk Ijarah merupakan sebahagian daripada produk pasaran modal Islam. Bagi mewujudkannya, dua pendekatan diambil iaitu; mengekal cara konvensional yang diterima oleh Islam dan mengambil prinsip syariah sebagai instrumen baru dalam pasaran modal. Sukuk adalah sijil pelaburan Islam yang amat berbeza dengan bon kerana ia perlu membuang dalam strukturnya riba dan gharar. Ia distruktur melalui konsep pensekuritian dan kontrak pertukaran. Hutang yang terbit dari kontrak tersebut disekuriti pada kadar yang ditetapkan dan diketahui. Kontrak-kontrak itu adalah seperti ijarah, mudarabah, bay’ bithamin ajil dan lain-lain. Prinsip syariah ini, digunakan bagi membentuk instrumen yang baru dalam pasaran hutang Islam seperti Sukuk Ijarah. Sukuk Ijarah yang mewakili aset sewaan boleh dimanfaatkan sebagai aset kewangan bagi tujuan pelaburan tetap. Ia mengunakan prinsip syariah dan cara konvensional yang tidak bersalahan dengan syara’ seperti bidaan tender, rebet dan dendaan sekiranya ingkar pembayaran. Sukuk Ijarah secara fiqhnya merupakan evolusi kepada prinsip awal ija rah. Prinsip ijarah merupakan di antara satu cara bagi umat Islam terdahulu menjana ekonomi. Terdapat hadis yang mengharuskan amalan tersebut tetapi ia perlulah jelas dan tidak didasari dengan penipuan. Ketika itu, prinsip ijarah adalah dalam bentuk sewaan operasi tetapi pada hari ini ia ijarah diperluaskan kepada sewaan kewangan Islam seperti ijarah muntahiyah bitamlik dan ijarah fizimmah al-mausufah. Di Malaysia, saiz penerbitan Sukuk Ijarah yang diterbitkan oleh pihak swasta berkembang dari 2% pada tahun 2004 kepada 11% pada tahun 2007. Sukuk Ijarah yang diamalkan telah menggunakan pelbagai prinsip yang ada dalam konsep ijarah. Oleh itu beberapa sukuk yang diterbitkan perlu dikaji bagi menjelaskan bagaimana konsep ini boleh diaplikasi dalam pasaran modal Islam di Malaysia.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                      Uncontrolled Keywords: Bonds--Malaysia; Securities--Malaysia; Investments--Malaysia; Finance--Religious aspects--Islam
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 20 Jun 2015 09:49
                      Last Modified: 20 Jun 2015 09:49
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5255

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item