Ahmad, Md Shukri (2010) Kefahaman masyarakat Islam terhadap keutamaan melaksanakan umrah berulang kali berbanding amalan bersedekah : kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah / Md Shukri bin Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Penulisan Ini berkaitan kajian kefahaman masyarakat Islam terhadap keutamaan melaksanakan umrah berulang kali berbanding amalan bersedekah di daerah Kubang Pasu Kedah Darul Aman. Ini memandangkan dengan fenomena yang berlaku di kalangan umat Islam masa kini yang di antaranya banyak membelanjakan wang ringgit dengan tujuan mengulangi ibadah umrah sunat yang berbentuk peribadi jika dibandingkan untuk tujuan bersedekah atau infak kepada jalan kebajikan lain yang berbentuk kemasyarakatan dan juga termasuk dari kategori ibadah yang dituntut oleh agama. Untuk mengenalpasti tahap kefahaman mereka dalam menentukan keutamaan di antara melaksanakan umrah berulang kali dengan bersedekah, maka ianya dapat dinilai dan diukur menerusi penghayatan, penguasaan maklumat serta pelaksanaan yang diamalkan dalam ibadah umrah dan sedekah. Kajian dilakukan untuk menjelas dalil-dalil berkaitan kelebihan umrah dan sedekah, pandangan fuqaha’ serta hujah mereka mengenai keutamaan di antara melaksanakan umrah sunat berulang kali dengan bersedekah dan juga mengenalpasti kefahaman masyarakat Islam berkaitan keutamaan di antara kedua ibadah tersebut. Penyelidikan ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Melalui kajian perpustakaan dalil-dalil, pendapat ulama’ silam dan kontemporari dikemukakan dan di realisasikan dengan kajian lapangan. Melalui kaedah kajian lapangan pula metod soal selidik digunakan. Satu set borang soal selidik yang merangkumi 30 soalan telah diedarkan kepada 301 responden yang merupakan sample mewakili seluruh penduduk di daerah Kubang Pasu. Hasil daripada kajian ini mendapati sebahagian besar responden memahami bahawa sedekah lebih utama daripada mengerjakan umrah sunat berulang kali berdasarkan jawapan yang dikemukakan. Di samping itu, kajian turut membuktikan kefahaman anggota masyarakat bertepatan dengan kehendak syara’ dan tuntutan semasa.
Actions (For repository staff only : Login required)