Metode fatwa Sheikh 'Ali Juma'ah dalam kitab al-Kalim al-tayyib - fatawa 'asriyyah / Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin

Wan Khairuldin, Wan Mohd Khairul Firdaus (2011) Metode fatwa Sheikh 'Ali Juma'ah dalam kitab al-Kalim al-tayyib - fatawa 'asriyyah / Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2794Kb) | Preview

    Abstract

    Tajuk kajian ini ialah “ Metode Fatwa Sheikh „Ali Juma‟ah dalam Kitab al-Kalim al-Tayyib - Fatawa 'Asriyyah”.Secara asasnya kajian ini berkisar tentang seorang tokoh Islam terkemuka pada masa kini iaitu Sheikh „Ali Juma‟ah yang juga merupakan Mufti Mesir terkini. Kajian ini lebih fokus kepada merungkai metode berfatwa yang digunakan oleh Sheikh „Ali Juma‟ah dalam karangan beliau bertajuk al-Kalim al-Tayyib: Fatawa 'Asriyyah. Antara perkara yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah sumber rujukan fatwa, pendekatan mazhab yang digunakan beliau dalam berfatwa serta pengaruh suasana atau cara hidup di Mesir yang memberi kesan terhadap fatwa yang dikeluarkan. Kesemua data-data didokumentasi, dikaji secara teliti sebelum dibuat kesimpulan. Data-data ini melibatkan pelbagai bahanbahan bercetak, perisian computer serta laman-laman web tertentu. Setelah dibuat penelitian, kajian ini mendapati Sheikh „Ali Juma‟ah menggunakan pelbagai sumber rujukan hukum meliputi al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama selain daripada al-Ijma’, al-Qiyas, Fatwa al-Sahabah, Masalih al-Mursalah, Sad al-Dhara’i, al-Istihsan, al-Istishab, al-‘Urf termasuklah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Selain itu juga, beliau menggunakan kitab-kitab turath dengan meluas. Sumber ini digunakan tanpa mengikut tertib tetapi ianya lebih bergantung kepada kesesuaian dan kepentingan umum. Kajian ini juga mendapati bahawa Sheikh „Ali Juma‟ah dalam kitab ini menggunakan pendekatan mazhab yang berbeza tanpa terikat kepada mazhab tertentu. Selain daripada pendapat mazhab empat ; Hanafi, Syafi‟i, Maliki dan Hanbali, pendapat lain juga digunakan. Pendapat mazhab-mazhab disebut dalam fatwa yang berkaitan, kemudiannya dipilih pendapat yang paling sesuai berdasarkan keadaan. Beliau juga didapati terkesan dengan suasana dan cara hidup di Mesir dalam beberapa fatwa. Pendekatan ini kadang kala menyebabkan fatwa beliau berbeza berbanding fatwa yang digunakan di tempat lain. Walau bagaimanapun, peratusan fatwa seperti ini adalah amat sedikit. Sheikh „Ali Juma‟ah ternyata menggunakan pelbagai metode dalam menentukan hukum bagi setiap permasalahan yang dikemukaka. Pendekatan utama beliau adalah mementingkan maslahah umat Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Jum`ah, `Ali; Fatwas; Islamic law
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 12 Jun 2015 10:29
    Last Modified: 12 Jun 2015 10:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5283

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item