Romli, Idham Halid (2010) Isu-isu dalam kes harta sepencarian di Mahkamah Syariah Singapura : satu analisis / Idham Halid Romli. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (18Kb) | Preview | |
| PDF Download (40Kb) | Preview | |
| PDF Download (32Kb) | Preview | |
| PDF Download (76Kb) | Preview | |
| PDF Download (63Kb) | Preview | |
| PDF Download (78Kb) | Preview | |
| PDF Download (197Kb) | Preview | |
| PDF Download (321Kb) | Preview | |
| PDF Download (791Kb) | Preview | |
| PDF Download (269Kb) | Preview | |
| PDF Download (108Kb) | Preview | |
| PDF Download (95Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (81Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini membincangkan isu-isu harta sepencarian di Mahkamah Syariah Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji makna dan tafsiran harta sepencarian serta pengaruh sumbangan langsung dan tidak langsung dalam menentukan kadar yang diterima oleh pasangan suami isteri. Walaupun AMLA telah memberikan tafsiran dan panduan am tentang faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan kadar harta sepencarian, tetapi panduan ini tidak membezakan di antara faktor utama daripada faktor sokongan. Melalui kajian pustaka, kajian kes-kes di Mahkamah dan soal selidik, penulis berharap dapat membantu mentafsir dan memberikan cadangan bagi menentukan faktor-faktor utama dan sokongan yang boleh dijadikan panduan alternatif bagi para hakim di Mahkamah Syariah Singapura. Di Singapura, ketika berlaku sesebuah perceraian, rumah flat HDB, wang CPF dan wang simpanan di bank merangkumi kebanyakan kes harta sepencarian yang dituntut. Bahkan lebih 90% daripada kes-kes yang dirujukkan ke Lembaga Rayuan adalah tuntutan harta sepencarian. Timbul anggapan adanya pengambilan harta pasangannya secara batil jika harta tersebut adalah hasil usaha tunggal salah satu pasangan. Anggapan sedemikian juga timbul daripada beberapa keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Kajian ini juga cuba memberikan sandaran hukum syara' ke atas beberapa keputusan yang dibuat oleh para hakim di Mahkamah Syariah dan Lembaga Rayuan. Penulis cuba memberikan beberapa saranan bagi memastikan tiada unsur memakan harta seseorang secara batil ketika membahagikan harta sepencarian kepada pasangan suami isteri saat berlaku perceraian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | Marital property (Islamic law)--Singapura; Islamic courts--Singapura; Divorce (Islamic law)--Singapura |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law > K Law (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 12 Jun 2015 13:27 |
Last Modified: | 12 Jun 2015 13:27 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5284 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |