Syed Ali, Syed Shahriman (2012) Pemikiran al-Juwayni tentang ketuhanan : terjemahan dan analisis Bahagian al-Ilahiyyat, kitab Luma' al-adillah / Syed Shahriman bin Syed Ali. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini berhubung Pemikiran al-Juwayni Tentang Ketuhanan: Terjemahan dan Analisis Bahagian al-Ilahiyyat, Kitab Luma’ al-Adillah. Ia meneroka topik ketuhanan (ilahiyyat) yang merupakan elemen penting dan utama dalam perbahasan Ilmu Kalam. Kajian ini berupa kajian perpustakaan yang melibatkan tiga metode utama: Pertama, terjemahan teks, kedua, pengumpulan data dan ketiga, menganalisis data yang menggunakan tiga kaedah; kaedah deduktif, induktif dan perbandingan. Kajian ini membahaskan beberapa isu-isu utama yang melatari perbahasan ketuhanan, dimulai dengan perbahasan tentang alam dan kebaharuannya yang merupakan bukti utama kewujudan Pencipta. Ia diikuti dengan perbincangan tentang dalil kewujudan Allah dan seterusnya tentang perbahasan sifat Allah. Penelitian ini dibahagikan kepada lima bab; bab pertama adalah pendahuluan, bab kedua berhubung sumbangan al-Juwayni dalam Ilmu Kalam, bab ketiga mengupas tentang pemikiran al-Juwayni tentang ketuhanan, bab keempat pula berkaitan terjemahan serta anotasi dan bab kelima adalah kesimpulan kajian. Kajian ini merumuskan kemampuan al-Juwayni mendepani cabaran-cabaran isu ketuhanan dalam perbahasan sifat-sifat Allah dan telah berjaya meletakkan kedudukan aliran Asha„irah sebagai aliran akidah Islam arus perdana ummah. Ini juga turut membuktikan kekukuhan manhaj yang didokong olehnya. Kesemua perbahasan di atas, dirumus berdasarkan teks kitab Luma’ al-Adillah hasil karya Imam al-Juwayni. Kajian ini juga mengemukakan terjemahan Melayu pertama bagi bahagian ketuhanan dari teks tersebut.
Actions (For repository staff only : Login required)