Zainol, Ahmad Nazri (2010) Tafsiran ayat-ayat sifat : perbandingan antara Fakhr al-Din al-Razi dan Ibn Taymiyyah / Ahmad Nazri bin Zainol. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Tafsiran Ayat-Ayat Sifat: Perbandingan Antara Fakhr al-Din al-Razi Dan Ibn Taymiyyah al-Harrani. Disertasi ini merupakan satu kajian perbandingan antara dua tokoh yang tidak asing lagi iaitu Fakhr al-Din al-Razi (544H/601H-1149M/1210M) dan Ibn Taymiyyah al-HarrÉni (661H-728H/1263M-1328M). Kajian ini cuba mengenalpasti aspek-aspek perbezaan antara dua aliran yang berbeza dari aspek metode dan fahaman dengan memfokuskan kepada perbahasan ayat-ayat sifat dalam karya Tafsir Mafatih al-Ghayb dan al-Tafsir al-Kabir. Dalam usaha untuk mendapatkan data-data yang diperlukan, pengkaji telah menggunakan pendekatan persejarahan dan pendekatan dokumentasi. Manakala untuk menganalisis data digunakan induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati Fakhr al-Din al-Razi yang mewakili mazhab khalaf telah mentakwil keseluruhan ayat-ayat sifat berdasarkan penggabungan dan pengharmonian hujah ‘aql dan naql, manakala Ibn Taymiyyah pula tetap berdiri di atas satu prinsip iaitu menolak apa saja takwilan yang merubah makna al-Qur’an serta penerimaan nas-nas ma’thur secara zahir.
Item Type: | Thesis (Masters) |
Additional Information: | Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad ibn `Umar, 1149 or 50-1210--Views on Islamic theology; Ibn Taymiyah, Ahmad ibn `Abd al-Halim, 1263-1328--Views on Islamic theology; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc; al-Qur'an--Commentaries; God (Islam) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 13 Jun 2015 14:59 |
Last Modified: | 13 Jun 2015 14:59 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5295 |
---|
Actions (For repository staff only : Login required)