Remli, Halwa (2010) Menangani kemiskinan menurut perspektif Hadith : kajian pelaksanaan dan keberkesanan dasar pembasmian kemiskinan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) / Halwa binti Remli. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Halwa binti Remli. Kajian tentang "Menangani Kemiskinan Menurut Perspektif Hadith: Kajian Pelaksanaan dan Keberkesanaan Dasar Pembasmian Kemiskinan Oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ)'. Disertasi ini disediakan untuk Jabatan Al-Qur'an dan Al-Haditb, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Kajian ini membincangkan strategi menangani kemiskinan menurut perspektif hadith. Kemiskinan menjadi fokus utama penulis kerana ia merupakan salah satu elemen yang mewarnai kehidupan manusia seharian. Permasalahan ini akan cuba diselesaikan dengan sebaik mrmgkin dengan mengenengahkan hadith sebagai sumber utama dalam pengurusan kemiskinan. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih Peradanan Islam Johor (PU) sebagai subjek kajian bagi mendapatkan data-data yang diperlukan dalam menyempurnakan kajian ini. Hasil kajian mendapati Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah berjaya melaksanakan peranannya sebagai organisasi yang bertanggungiawab dalam membasmi kemiskinan menurut perspektif hadith dan berperanan juga dalam pembangunan insan dan ekonomi orang-orang Islam negeri Johor.
Actions (For repository staff only : Login required)