Pentafsiran ayat-ayat mawarith menurut H. Munawir Sjadzali / Ali Akbar

Akbar, Ali (2010) Pentafsiran ayat-ayat mawarith menurut H. Munawir Sjadzali / Ali Akbar. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (117Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (419Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1213Kb) | Preview

        Abstract

        Disertasi ini mengkaji H. Munawir Sjadzali dan pemahamannya berkaitan ayat-ayat Mawarith khususnya mengenai ayat 11 surah al-Nisa‟. Pentafsiran beliau berkenaan ayat 11 surah al-Nisa‟ adalah merupakan hasil tulisan beliau sendiri yang dikarang dalam bentuk artikel. Artikel tersebut bertajuk “Reaktualisasi Ajaran Islam” telah dimuatkan di dalam beberapa buah buku seperti “Polemik Reaktualisasi Ajaran Islam” yang disunting oleh Drs. Iqbal Abdurrauf Saimima, “Kontekstualisasi Ajaran Islam 70 Tahun Prof. Dr. H. Munawir Sjadzali. MA” oleh Tim Editor Muhamad Wahyuni Nafis serta buku yang berjudul “Islam: Realitas Baru Dan Orientasi Masa Depan Bangsa” oleh H. Munawir Sjadzali dan sebagainya. Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini iaitu mengenai ketokohan H. Munawir Sjadzali di Indonesia serta pengaruh, pemahaman dan pentafsirannya akan ayat- ayat mawarith khususnya ayat 11 surah al-Nisa‟. Selain itu, dibuat juga perbandingan metode pentafsiran yang diguna pakai oleh beliau dengan para mufasir sebelumnya dan ulasan serta tanggapan akan permasalahan yang berlaku. Untuk tujuan itu, kajian ini dibahagikan kepada lima bab iaitu bab pertama merupakan bab pendahuluan yang berfungsi sebagai kata penghantar terhadap kajian ini. Bab kedua pula, menjelaskan tentang hukum Mawarith manakala bab ketiga menyentuh tentang latar belakang dan biografi tokoh H. Munawir Sjadzali serta pengaruhnya di Indonesia. Bab keempat mengungkapkan tentang pentafsiran H. Munawir Sjadzali berkenaan ayat 11 surah al-Nisa‟ serta analisis hujah- hujah beliau dan bab kelima pula merupakan bab penutup. Kajian ini telah berjaya menghasilkan dapatan mengenai ketokohan H. Munawir Sjadzali yang merupakan seorang cendekiawan dan pemikir Muslim yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang tafsir serta merupakan seorang yang berpengaruh dalam perkembangan agama Islam di Indonesia. Penulis mendapati bahawa pentafsiran H. Munawir Sjadzali mengenai ayat 11 surah al-Nisa‟ lebih ditujukan kepada roh dan semangat ajaran Islam yang terkandung di dalam Quran dan bukan kepada teks harfiah Quran semata-mata. Beliau lebih tertumpu kepada keterbukaan mengungkapkan pendapat secara objektif yang bertentangan dengan pendapat para ulama sebelumnya. Akhirnya, dalam kajian ini penulis mendapati beliau tergolong di kalangan mereka yang berfikiran secara liberal.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
        Uncontrolled Keywords: Sjadzali, Munawir; al-Qur'an--Commentaries; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc.; Inheritance and succession (Islamic law)
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 12 Jun 2015 12:54
        Last Modified: 12 Jun 2015 12:54
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5313

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item