Siti Sarah, Ibrahim (2011) Metodologi penulisan hadith hukum: Kajian perbandingan antara kitab almuntaqa dengan bulugh al-maram / Siti Sarah Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani merupakan dua orang tokoh hadith yang terkenal di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ilmu tersebut adalah sebahagian daripada pengajian hadith yang membincangkan mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam hadith. Walaubagaimanapun, tiada kajian yang membincangkan ilmu tersebut secara khusus. Berdasarkan keperluan ini, kajian ini dijalankan untuk menganalisis personaliti dan sumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al- ‘Asqalani dalam bidang hadith hukum (Hadith Ahkam) melalui metodologi penulisan kedua-dua tokoh tersebut di dalam kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Kajian ini juga bertujuan untuk memperkenalkan biografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani bagi menyingkap sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Seterusnya penulis membuat perbandingan di antara kedua-dua kitab tersebut. Perbandingan ini meliputi keistimewaan, kelemahan, persamaan, perbezaan dan metodologi atau kaedah penulisan yang digunakan di dalam kedua-dua kitab yang masyhur ini. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan (Library Research) sepenuhnya. Hasil kajian ini menunjukkan kedua-dua kitab tersebut adalah sumbangan yang tinggi nilainya di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Ia membuktikan kaedah penulisan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani adalah penulisan yang lebih sistematik, tersusun, terkini dan lebih menepati sebagai rujukan yang lengkap untuk koleksi-koleksi hadith hukum (Hadith Ahkam). Di dalam kedua-dua kitab tersebut terdapat himpunan hadith-hadith hukum (Hadith Ahkam). Hadith-hadith tersebut telah dirujuk daripada kitab-kitab yang berautoriti seperti kitab Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Jami’ Abi Isa al-Tarmidhi, Sunan al- Nasa’i, Sunan Abi Dawud dan Sunan Ibn Majah.
Actions (For repository staff only : Login required)