Dakwah di Universiti Selangor : kajian masalah pelaksanaan dan penerimaan pelajar / Wan Yusnee Wan Abdullah

Wan Abdullah, Wan Yusnee (2013) Dakwah di Universiti Selangor : kajian masalah pelaksanaan dan penerimaan pelajar / Wan Yusnee Wan Abdullah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (29Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (500Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (2800Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (285Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (211Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (214Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (Full Text)
              Download (184Kb) | Preview

                Abstract

                Dakwah kepada golongan pelajar merupakan salah satu medan penting bagi melahirkan masyarakat yang baik. Merekalah generasi pewaris yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kejayaan dakwah pula dapat diukur melalui pendekatan dan pelaksanaan kaedah yang sesuai seiring dengan perkembangan zaman. Ini penting untuk menarik minat mereka ke arah memahami ajaran Islam yang syumul. Kegagalan pendakwah dalam melaksanakan agenda dakwah terhadap mereka akan menyebabkan mereka jauh dan terpesong dari penghayatan Islam. Berasaskan persoalan di atas, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka masalah pelaksanaan dakwah di kalangan pelajar Universiti Selangor (UNISEL). Seramai 335 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran wajib Pengajian Islam Semester Julai 2012 telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak. Pendekatan kajian ini adalah berbentuk gabungan kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Manakala metode soal selidik dan temu bual diaplikasi bagi mengumpulkan data kajian. Kajian menggunakan soal selidik bagi mengukur keperluan dakwah di kalangan pelajar dan faktor penerimaan pelajar terhadap dakwah. Seterusnya ia dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for windows. Data kajian yang dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus, min dan korelasi Pearson. Temu bual pula digunakan bagi mengutip data berkaitan latar belakang pelajar dan masalah pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh pihak UNISEL melalui Pusat Islam dan Unit Usrah. Hasil penyelidikan melalui soalselidik ini menunjukkan purata keseluruhan min dalam keperluan pelajar ialah 4.27 yang berada pada tahap keselarian tinggi. Dapatan ini membuktikan bahawa pelajar amat perlu kepada dakwah bagi membantu mereka mengikis sifat-sifat buruk dalam diri. Manakala purata keseluruhan min dalam maklumbalas berkaitan penerimaan pelajar terhadap dakwah adalah 4.12 juga terletak pada tahap keselarian tinggi. Ini menggambarkan secara jelas bahawa penerimaan dakwah pelajar bergantung kepada faktor penganjuran program, pengisian program, penyampaian ceramah dan pemahaman terhadap bahan yang disampaikan. Dapatan juga mendapati bahawa pelajar UNISEL amat memerlukan sentuhan dakwah bagi membantu mereka menghayati dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka. Justeru, pelaksanaan program dakwah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berakhlak dan berwibawa tinggi.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                Uncontrolled Keywords: Universiti Selangor--History; Da'wah (Islam); Islam--Missions--Malaysia
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 09 Jun 2015 11:18
                Last Modified: 09 Jun 2015 11:18
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5363

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item