Peranan Institusi Perguruan Diniyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat dalam pendidikan wanita / Syaifullah Chaidir

Chaidir, Syaifullah (2012) Peranan Institusi Perguruan Diniyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat dalam pendidikan wanita / Syaifullah Chaidir. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini membincangkan Perguruan Diniyah Puteri Padang Panjang dari aspek peranannya dalam pendidikan wanita, berserta kaitannya dengan sejarah perkembangan dan peranannya dalam memajukan pendidikan di Padang Panjang dari masa penubuhannya sehingga tahun 1969. Untuk mencapai matlamat kajian ini, penyelidik telah menyandarkan pengumpulan data kepada kajian perpustakaan (library research) dan kajian lapangan (field research), di mana kedua-dua kaedah ini mencakupi kajian sejarah, dokumentasi dan temu bual. Setelah berjaya mengumpul data yang mencukupi mengenai sejarah dan perkembangan Diniyah Puteri, yang boleh dianggap sebagai benar-benar tepat dan bernilai dari segi objektif dan kesahihan, penyelidik menjalankan analisis yang menyeluruh terhadap data dan sumber tersebut, baik secara induktif mahupun dengan deduktif, sehingga boleh mencapai kesimpulan yang dibentangkan di dalam disertasi ini. Kajian ini mendapati bahawa institusi pendidikan Diniyah Puteri mengalami pertumbuhan yang pesat sebagai institusi pendidikan agama khusus perempuan di Padang Panjang. Di samping itu, didapati bahawa selari dengan perkembangan pelajar, kurikulum, serta kemudahan, jenis pendidikan telah mengalami pengubahsuaian yang berasaskan kepada keperluan dan hajat masyarakat pada umumnya. Kemunculannya telah membantu memajukan pendidikan di dalam kawasan Padang Panjang, bersama-sama dengan institusi pendidikan lainnya. Dapat dikatakan bahawa pembaharuan pendidikan yang dicanangkan oleh Diniyah Puteri adalah sumbangan besar kepada Padang Panjang, baik dari segi peluang belajar kaum wanita ataupun sistem pendidikan moden yang digunakan. Selain itu, kemunculannya juga memainkan peranan dalam membasmi buta huruf di kalangan wanita, membina satu sistem pendidikan khusus perempuan, melaksanakan pendidikan guru, menyediakan pendidikan kemahiran dan menubuhkan pusat pengajian tinggi khusus perempuan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
    Uncontrolled Keywords: Teachers--Training of--Indonesia--Padangpanjang; Muslim women--Education--Indonesia--Padangpanjang
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jul 2015 10:00
    Last Modified: 30 Jul 2015 10:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5376

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item