Terjemahan surah Al-Qiyamah ke Bahasa Melayu: Satu analisis perbandingan / Azmi bin Subhi

Azmi, Subhi (2013) Terjemahan surah Al-Qiyamah ke Bahasa Melayu: Satu analisis perbandingan / Azmi bin Subhi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1651Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini memberi fokus kepada analisis perbandingan terjemahan antara dua buah kitab terjemahan al-Quran iaitu Tafsir Pimpinan Rahman ( TPR ) yang ditulis secara individu oleh Sheikh Abd Rahman Basmeih dan Yayasan Kumpulan Penterjemah Indonesia ( YKPI ). Surah al-Qiyamah yang mengandungi 40 ayat, 199 perkataan dan 652 huruf dijadikan sebagai bahan analisis kerana ayatnya pendek dan ringkas justeru itu perbandingan yang dibuat lebih jelas menjadi asas kepada pemilihannya. Analisis dijalankan berikutan timbul banyak persoalan berkaitan terjemahan yang kadangkala ada persamaan dan ada ketikanya berlaku perbezaan dalam menterjemahkan sesuatu ayat al-Quran ke bahasa Melayu. Objektif disertasi adalah bagi mengenal pasti masalah-masalah terjemahan Arab – Melayu secara umum dalam penterjemahan al-Quran, mengetahui metodologi terjemahan antara kumpulan (YKPI) dan individu (TPR) serta membuat analisis perbandingan terjemahan surah al-Qiyamah dari sudut makna. Metodologi analisis ini berasaskan kaedah kualitatif dan perbandingan. Pengumpulan data banyak melibatkan kamus-kamus, kitab-kitab muktabar, jurnal-jurnal, tesis, disertasi serta laman web. Kajian yang dijalankan ini dipecahkan kepada lima bab. Setiap bab membicarakan tajuk-tajuk mengikut apa yang telah dirancang supaya disertasi yang terhasil mencapai kualiti yang dikehendaki Pada dasarnya, dapatan menunjukkan terjemahan yang digunakan oleh YKPI dan TPR menepati makna atau maksud ayat yang diterjemahkan, walaupun ada beberapa perkataan yang mungkin agak mengelirukan seperti penggunaan perkataan bahasa Indonesia ataupun bahasa-bahasa lama yang mungkin tidak lagi digunakan sekarang ini. Perbezaan makna yang berlaku adalah kerana faktor-faktor jenis terjemahan yang digunakan, dialek bahasa, nahu, sarf dan perluasan makna.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: Terjemahan surah Al-Qiyamah ke Bahasa Melayu
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2015 10:04
    Last Modified: 30 Jun 2015 10:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5477

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item