Analisis strategi penterjemahan Peribahasa Melayu ke Bahasa Arab / Nurulhanis binti Ibrahim

Nurulhanis, Ibrahim (2014) Analisis strategi penterjemahan Peribahasa Melayu ke Bahasa Arab / Nurulhanis binti Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1470Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan mengenai penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis strategi penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab daripada sebuah Kamus Peribahasa Melayu-Arab- Inggeris yang dijadikan sebagai data kajian. Pemilihan sampel adalah jenis pensampelan bertujuan kerana hanya memfokuskan kepada 60 ungkapan peribahasa Melayu berunsur haiwan sahaja. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif dan berfungsi sebagai kajian kes jenis deskriptif. Proses menganalisis strategi penterjemahan peribahasa adalah berlandaskan lima jenis Taksonomi Larson (1998). Rentetan daripada analisis strategi penterjemahan, ketepatan padanan maksud peribahasa Melayu dengan terjemahannya ke bahasa Arab dinilai. Kemudian, temu bual dilakukan ke atas penutur jati Arab seramai 12 orang dan dikategorikan sebagai pensampelan kebarangkalian. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab. Hasil dapatan kajian mendapati strategi penterjemahan yang kerap digunakan oleh penterjemah ialah strategi ketiga iaitu menggantikan peribahasa Melayu dengan peribahasa Arab yang mempunyai maksud yang sama dengan jumlah 47 kali (52.98%) dan juga terdapat satu strategi baru yang terhasil daripada analisis strategi. Manakala dari segi ketepatan padanan maksud, terdapat 15 peribahasa Arab (17%) yang tidak menepati padanan maksud peribahasa Melayu. Hasil temu bual mendapati tahap kefahaman responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab adalah di tahap sederhana. Selain itu, penggunaan strategi ketiga menunjukkan jumlah tertinggi bagi jawapan yang betul iaitu 19 (79%). Maka, kajian ini menunjukkan strategi yang berkesan untuk digunakan dalam menterjemah peribahasa adalah strategi ketiga kerana responden berjaya memahami peribahasa Melayu yang digantikan dengan peribahasa Arab.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Analisis strategi penterjemahan Peribahasa Melayu
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    L Education > L Education (General)
    P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2015 09:03
    Last Modified: 30 Jun 2015 09:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5485

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item