Pengurusan dakwah di negeri maju : Kajian tentang cabaran dan masalahnya di Melaka / Mohamad Nazli bin Omar

Mohamad Nazli, Omar (2013) Pengurusan dakwah di negeri maju : Kajian tentang cabaran dan masalahnya di Melaka / Mohamad Nazli bin Omar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010 oleh Organization Of Economic Co-Operation Development setelah memenuhi beberapa indikator yang telah ditetapkan. Di antara indikator yang telah ditetapkan merangkumi kriteria ekonomi, politik dan sosial dengan pembahagian-pembahagian yang tertentu. Namun, dengan kemajuan yang dikecapi ini, ia telah memberi pelbagai impak kepada rakyat di negeri ini menerusi kemajuan yang dicapai ini. Seterusnya, ia juga telah memberi kesan kepada pengembangan dakwah di negeri ini memandangkan negeri Melaka ini suatu ketika dahulu merupakan salah sebuah negeri yang terawal menerima kedatangan Islam malahan dapatan sejarah juga menjelaskan bahawa Melaka adalah sebuah pusat penyebaran Islam di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mensasarkan tiga objektif utama berhubung latarbelakang kajian ini yang tertumpu kepada pengurusan dakwah di dalam negeri maju. Kajian ini mensasarkan objektif bagi mengetahui tentang realiti Melaka sebagai sebuah negeri maju. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenalpasti tentang cabaran dan masalah pengurusan dakwah dalam sebuah negeri maju dengan memfokuskan kepada negeri Melaka yang telah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010. Lanjutan daripada perkara tersebut, pengkaji telah membincangkan tentang teras kajian ini merangkumi definisi dan konsep asas pengurusan dakwah. Seterusnya, pengkaji membincangkan juga tentang pengurusan dakwah dalam konteks negeri maju. Bagi memperkemaskan kajian ini, pengkaji menggunakan metodologi kajian menerusi penyelidikan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk kajian lapangan. Maksudnya bahawa pengkaji akan melakukan soalselidik di kalangan responden yang terpilih menerusi beberapa institusi dakwah yang berautoriti dalam pengembangan dakwah di negeri Melaka. Hanya lapan buah institusi dakwah yang terpilih di negeri ini bagi pengkaji melakukan kajian ini. Data yang telah dikumpul menerusi pengedaran borang soalselidik dianalisis dengan menggunakan Skala Likert bagi mengukur cabaran dan masalah yang dihadapi oleh sesebuah institusi dakwah di Melaka. Pengkaji menggunakan perisian SPSS Version 16 bagi menganalisa hasil dapatan kajian ini. Seramai 106 orang responden telah dikaji berhubung kajian ini merangkumi tiga peringkat pengurusan iaitu pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara realitinya, negeri Melaka ini adalah sebuah negeri maju berdasarkan min 3.72 dengan sisihan piawainya 0.7812 dan ia berada dalam jujukan setuju. Manakala dari segi cabaran pula, hasil dapatan kajian menunjukkan adanya cabaran dalam pengurusan dakwah menerusi min 4.09 dengan sisihan piawainya 0.5636. Seterusnya, untuk masalah pengurusan dakwah min yang dicatatkan ialah 3.70 dengan sisihan piawainya 0.522 menunjukkan bahawa responden tidak pasti tentang masalah pengurusan dakwah, namun min yang diperolehi ini menunjukkan kecenderungan kepada setuju. Hasil kajian jelas memperakukan bahawa negeri Melaka adalah sebuah negeri maju dari segi realitinya. Rentetan daripada kemajuan yang dicapai ini, ia telah memberikan kesan dari sudut dakwah menerusi cabaran dan masalahnya terhadap institusi-institusi dakwah di negeri ini.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: Pengurusan dakwah; Melaka
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 25 Jun 2015 09:09
    Last Modified: 25 Jun 2015 09:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5589

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item