Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman

Zulkifli, Osman (2013) Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (224Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (350Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (699Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (218Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (214Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (354Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (528Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (672Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (345Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (257Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (496Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF (Full Text)
                        Download (370Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text)
                          Download (90Kb) | Preview

                            Abstract

                            Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kualitatif seperti pemerhatian, temu bual separa struktur dan bukti dokumen digunakan bagi mendapatkan data tentang (1) amalan pengajaran guru BM di bilik darjah, masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi guru dan pelajar, dan (3) cadangan mereka bagi meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran. Data ini digunakan sebagai panduan untuk membangunkan modul. Enam guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat, Guru Panitia Bahasa Melayu, Guru Kanan Bahasa Melayu, dan enam kumpulan fokus pelajar terlibat sebagai peserta kajian. Di samping itu, fasa reka bentuk dan pembinaan pula dijalankan bagi mendapatkan data tentang kesahan kandungan dan kebolehlaksanaan modul. Bagi mendapatkan data, ulasan dan komen pakar, guru dan pelajar digunakan. Enam pakar, sembilan kumpulan pelajar, dan dua guru terlibat dalam menilai kekuatan dan kelemahan modul ini. Fasa pelaksanaan dan penilaian dijalankan bagi mendapatkan data tentang kekuatan dan kelemahan modul dari aspek kebolehgunaan dan kemampuan modul meningkatkan kemahiran berbahasa. Fasa ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu penilaian kumpulan kecil (kajian rintis), dan kajian lapangan. Data diperoleh melalui pemerhatian, temu bual separa struktur, ulasan, dan komen secara langsung daripada peserta kajian. Tiga Guru BM Tingkatan 4 dan tiga kelas Tingkatan Empat terlibat dalam fasa kajian ini. Dapatan kajian fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa amalan pengajaran BM di bilik darjah Tingkatan Empat masih bersifat tradisional dan penggunaan BBM amat terhad. Pelajar mencadangkan agar guru mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran. Di samping itu, dapatan kajian fasa pembinaan mendapati bahawa modul ini boleh dilaksanakan, khususnya dari aspek kandungan, pedagogi dan reka bentuk, dengan syarat beberapa pindaan dilakukan. Dapatan fasa ini juga menunjukkan bahawa modul ini mempunyai kekuatan dari aspek kebolehlaksanaan serta mampu menarik minat pelajar. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa modul ini boleh dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar serta mampu meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar secara holistik. Dapatan kajian lapangan juga mendapati semua modul boleh dilaksanakan dalam waktu dan sesi pengajaran sebenar, dapat meningkatkan kemahiran berbahasa serta berupaya menarik minat pelajar berbanding dengan pendekatan yang digunakan oleh guru sebelum ini. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul yang didasarkan kepada pendekatan bersepadu boleh dilaksanakan dan menarik minat pelajar. Implikasi kajian juga mendapati Model Pengajaran Berkesan Morisson et al (2007) boleh diaplikasikan.

                            Item Type: Thesis (PhD)
                            Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty of Education, University of Malaya, 2013.
                            Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu; Pendidikan; Pengajaran
                            Subjects: L Education > L Education (General)
                            Divisions: Faculty of Education
                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                            Date Deposited: 23 Jun 2015 14:53
                            Last Modified: 23 Jun 2015 14:53
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5609

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item