Penentuan ‘Urf zakat emas perhiasan: Analisis perbandingan Majlis Agama Islam Selangor dan Pusat Zakat Melaka / Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin

Nor Mohd Faisal, Md Ariffin (2015) Penentuan ‘Urf zakat emas perhiasan: Analisis perbandingan Majlis Agama Islam Selangor dan Pusat Zakat Melaka / Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (464Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (628Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (920Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (910Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1091Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (613Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (377Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (59Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (88Kb) | Preview

                    Abstract

                    ‘Urf adalah sumber tambahan terhadap Masadir al-Tasyrik (Sumber Utama Syarak), dan merupakan metode yang digunakan oleh fuqaha bagi menentukan hukum terhadap perkara-perkara yang tidak dinyatakan oleh nas secara qat‘i atau putus. Ia merangkumi pelbagai aspek khususnya ibadat dan muamalat dalam Islam. Tulisan ini bertujuan mengupas isu zakat yang mempunyai kaitan dengan emas yang menjadi perhiasan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang pelbagai aspek yang melibatkan pandangan ulama terhadap hukum asal emas perhiasan dari sudut zakat. Fokus dan penekanan akan diberikan bagi mengkaji kaedah penetapan kadar ‘urf bagi Melaka dan Selangor pada masa kini. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah hukum zakat bagi emas perhiasan adalah tidak sama dengan kategori emas-emas yang lain, kerana masing-masing mempunyai ‘illah yang berbeza. Hasil analisa menunjukkan bahawa jumhur ulama termasuk al-Syafi'i yang dipegang oleh majoriti negeri-negeri di Malaysia telah menetapkan hukum kepada tidak wajib zakat atas emas perhiasan kerana meraikan hak-hak wanita sepertimana yang ditunjukkan oleh al-hadith. Namun, keharusan tersebut adalah terikat dengan kadar tertentu yang diputuskan oleh ‘urf mengikut penilaian yang dibuat oleh ulama semasa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan kadar ‘urf berdasarkan amalan negeri-negeri khususnya di Selangor dan Melaka yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
                    Uncontrolled Keywords: Penentuan ‘Urf zakat emas perhiasan
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    H Social Sciences > HB Economic Theory
                    Divisions: Academy of Islamic Studies
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 24 Jun 2015 09:56
                    Last Modified: 24 Jun 2015 09:56
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5761

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item