al-Iqrar fi ithbat al-da`wa fi al-qadaya al-madinah : dirasah muqaranah bayna al-qanun al-madani al-Irani wa-al-madhahib al-khamsah / Ghotbaddin Zahedian

Zahedian, Ghotbaddin (2010) al-Iqrar fi ithbat al-da`wa fi al-qadaya al-madinah : dirasah muqaranah bayna al-qanun al-madani al-Irani wa-al-madhahib al-khamsah / Ghotbaddin Zahedian. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1338Kb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini merupakan perbandingan antara mazhab fiqh Hanafi, Maliki, Syafe’i dan Hanbali serta Syiah Ja’afari dengan undang-undang sivil Iran, berkaitan pengakuan orang yang sakit, muflis, kanak-kanak, orang dungu dan pengakuan nasab. Kajian teoritikal ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah undang-undang sivil Iran dipengaruhi oleh mazhab Syiah Ja’afari serta empat mazhab fiqh yang lain (Hanafi, Maliki, Syafe’i dan Hanbali). Ia juga menyentuh persamaan dan perbezaan di antara empat mazhab fiqh yang mewakili Ahli-Sunnah dengan mazhab Syiah Ja’afari mengenai pensabitan pengakuan dalam kes-kes sivil; iaitu dengan membuat perbandingan dalam kes-kes tersebut di antara empat mazhab Ahli-Sunnah dan mazhab Syiah Ja’afari kemudian membandingkannya dengan undang-undang sivil Iran. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Ia mengumpulkan bahan ilmiah daripada kitab-kitab fiqh, khasnya kitab-kitab yang muktabar dalam mazhab-mazhab tersebut di samping mengumpulkan bahan berkenaan dengan tajuk kajian daripada Undang-Undang Sivil Iran serta huraian-huraiannya. Seterusnya membuat perbandingan dalam kes-kes tersebut di antara empat mazhab Ahli-Sunnah dengan mazhab Ja’afari dan seterusnya membuat perbandingan di antara empat mazhab Ahli- Sunnah dan mazhab Ja’afari dengan Undang-undang Sivil Iran. Dapatan kajian ini ialah: pengakuan merupakan salah satu cara pensabitan dalam syariat Islam dan juga undang-undang sivil Iran, dan pengakuan boleh didefinisikan sebagai: “memberitakan kesabitan hak orang lain ke atas diri sendiri”. Hakikatnya pengakuan (Iqrar) tergolong dalam kategori Ikhbar (pemberitahuan) bukan Insya’ (arahan atau permintaan), dan legitemasinya sabit melalui al-Quran dan Sunnah. Pengakuan merupakan antara buktibukti yang kuat dalam mensabitkan suatu hak, ia adalah hujah yang sempurna yang tidak memerlukan bukti sokongan bagi mensabitkan suatu hak. Walaubagaimanapun hujah tersebut terhad ke atas diri orang yang membuat pengakuan sahaja dan tidak melibatkan pihak ketiga. Didapati juga artikel-artikel Undang-undang Sivil Iran diambil daripada fiqh mazhab Ja’fari secara khusus kerana kebanyakannya bertepatan dengan fiqh mazhab tersebut, kecuali dalam tiga perkara, iaitu: (1)- Definisi pengakuan. (2)- Pengakuan orang muflis. (3)- Syarat agar orang yang membuat pengakuan dalam kesabitan nasab untuknya mestilah merupakan orang yang tidak diketahui nasabnya. Undang-undang sivil Iran juga mempunyai kesamaan dengan mazhab-mazhab fiqh Ahli-Sunnah yang tersebut dari sudut sumber pengambilannya, iaitu: Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Evidence (Islamic law); Presumptions (Islamic law); Evidence (Islamic law); Presumptions (Islamic law)--Iran
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Sep 2015 16:40
    Last Modified: 10 Sep 2015 16:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5882

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item