The "unseen" in Islamic creed : a critical study on the sceptics of the "unseen" in Islam / Jamal Bendaoud

Bendaoud, Jamal (2013) The "unseen" in Islamic creed : a critical study on the sceptics of the "unseen" in Islam / Jamal Bendaoud. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (25Mb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1252Kb) | Preview

      Abstract

      Kepercayaan kepada perkara ghaib adalah asas iktikad dalam setiap agama yang berdasarkan kepercayaan kepada Allah, bahkan ia dianggap sebagai keistimewaan dalam sesuatu akidah. Justeru, ia merupakan suatu perkara yang tidak sepatutnya disangkal oleh manusia kerana ia adalah suatu yang benar datangnya daripada kitab-kitab suci. Kajian ini pertamanya akan menjelaskan tentang pandangan manusia terhadap perkara ghaib dan membuktikan bahawa semua agama mengakui kewujudannya. Seterusnya, kajian ini membincangkan tentang sumber-sumber yang menjadi asas kepercayaan terhadap perkara ghaib di mana ia menegaskan tentang pentingnya peranan wahyu sebagai sumber kepercayaan selain menjelaskan tentang integrasi sumber antara wahyu, akal dan perasaan atau naluri semulajadi. Kajian ini juga membincangkan tentang kepentingan beriman kepada perkara ghaib yang merupakan paksi akidah Islam. Ia juga menyentuh tentang peranan akal dalam membuktikan perkara ghaib selain menjelaskan tentang hubungan antara ilmu dan agama di mana tidak ada pertentangan antara keduanya. Kajian ini seterusnya membincangkan beberapa isu berkaitan perkara ghaib yang terdapat dalam al-Quran dan memberi tumpuan kepada pendapat yang menolak kewujudannya dan mendedahkan manhaj yang digunakan oleh mereka. Kajian ini juga membincangkan hujah-hujah utama yang digunakan golongan tersebut dalam menyangkal kewujudan perkara ghaib dalam Islam seterusnya menjelaskan bahawa beriman kepada yang ghaib merupakan salah satu cabang daripada akidah Islam dan sifat seorang Muslim. Kepercayaan kepada perkara ghaib merupakan ciri khas bagi manusia yang membezakan dirinya daripada makhluk lain kerana binatang sebagai contoh, berkongsi dengan manusia dalam perkara yang nampak dan nyata namun dalam soal perkara ghaib, hanya manusia satu-satunya makhluk yang memiliki kemampuan memahaminya. Kajian ini menyimpulkan bahawa pandangan golongan yang menolak perkara ghaib ini adalah berasaskan kepada salah faham mereka terhadap Islam selain mengandungi banyak pertentangan kerana pandangan tersebut tidak dibangunkan di atas ilmu dan prinsip-prinsip Islam yang betul dan tidak juga dengan akal yang jernih. Selain itu, pandangan mereka ini yang menggunakan ilmu warisan Islam hanyalah semata-mata untuk mencabar Islam selain menimbulkan keraguan terhadap agama tersebut.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
      Uncontrolled Keywords: Religious life--Islam; Spirits (Islam); Eschatology, Islamic
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 10 Sep 2015 16:32
      Last Modified: 10 Sep 2015 16:32
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5883

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item