Asbab al-qusur fi al-iltizam bi-huquq ahl al-qiblah fi waqi` al-Muslimin wa subul mu`alajatiha : dirasah tahliliyah / Murad Ahmad Derhem al-Qadasi

al-Qadasi, Murad Ahmad Derhem (2010) Asbab al-qusur fi al-iltizam bi-huquq ahl al-qiblah fi waqi` al-Muslimin wa subul mu`alajatiha : dirasah tahliliyah / Murad Ahmad Derhem al-Qadasi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (108Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (311Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (2317Kb) | Preview

        Abstract

        Hak-hak umat Islam atau ahli kiblat telah ditetapkan di dalam syariat Islam menerusi nas-nas dan hukum-hakamnya. Kemuliaan dan martabat umat Islam hanya dapat tercapai apabila mereka memenuhi hak-hak tersebut. Namun, dalam realiti umat ini didapati adanya kekurangan komitmen yang sangat jelas dalam mematuhi hak-hak tersebut, oleh hal yang demikian, kepentingan kajian ini ialah mewujudkan keselamatan, keagungan dan pemberdayaan umat Islam. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan hak-hak tersebut, antaranya hak penetapan sifat Islam kepada masyarakat ahli kiblat, memberikan kesetiaan kepada mereka dan bersatu padu dengan mereka, begitu juga untuk mengenal pasti sejauh mana penerapannya dalam realiti kehidupan umat Islam, dan untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan serta cara mengatasinya. Dalam kajian ini penulis menggunakan metode induktif analisis, iaitu mengumpulkan teks-teks yang berkaitan dengan kajian, kemudian menganalisisnya dan menjelaskan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan hak-hak ahli kiblat, kemudian menyingkap penyebab terjadinya kekurangan-kekurangan dalam perlaksanaannya, serta menjelaskan cara penyelesaiannya. Dalam kajian ini penulis mendapati bahawa memenuhi hak-hak ahli kiblat adalah satu kewajipan bagi setiap umat yang berakidah Islam, dan dasar hak-hak tersebut ialah hak pengakuan nama Islam untuk para pemeluk agama Islam, dengan beberapa konsekuensi yang mengikutinya seperti kesucian darah dan harta orang Islam, serta tidak mengkafirkannya. Begitu juga hak kesetiaan kepada ahli kiblat ialah saling mengasihi, harmoni, membela dan menghormati, manakala hak penyatuan antara ahli kiblat adalah merupakan hak tertinggi bagi mewujudkan keagungan umat Islam dan menunjukkan segala aspek kekuatan dan kreativiti untuk memimpin umat manusia. Dan didapati juga bahawa kekurangan dalam mematuhi hak-hak tersebut disebabkan oleh kejahilan terhadap syariat dan kelemahan iman serta wujudnya konsep yang salah dalam memahami syariat dan realiti umat Islam, juga campur tangan kuasa asing di antara umat ini. Kita tidak akan dapat keluar dari kelemahan dan kekurangan ini kecuali dengan mengenal pasti penyebabnya dan berusaha mengatasinya dengan segala daya kekuatan dan kemampuan.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Siasah dan Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
        Uncontrolled Keywords: Muslims--Civil rights
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Siasah Syar'iyyah
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 10 Sep 2015 16:21
        Last Modified: 10 Sep 2015 16:21
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5887

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item