Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud

Daud, Zainora (2015) Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2828Kb) | Preview

    Abstract

    Kurikulum qirā’āt ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qirā’āt Sab’ah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan qirā’āt dan dipelajari secara talaqqī dan mushāfahah. Kurikulum qirā’āt telah diperkenalkan di Darul Quran, JAKIM sejak penubuhannya lagi pada tahun 1966 serta penglibatan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia hingga kini telah melalui pelbagai bengkel pemurnian dan perubahan dari aspek tempoh pengajian, isi kandungan dan kaedah penilaian. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum qirā’āt di Darul Quran, JAKIM dan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Reka bentuk kajian ini berbentuk triangulasi yang menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang diperolehi bagi semua instrumen dalam dua set soal selidik adalah tinggi (>0.8). Kajian ini telah dijalankan di Darul Quran dan sembilan buah Ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Responden terdiri daripada 46 orang pensyarah yang mengajar qirā’āt dan 136 orang pelajar semester 6 yang mengikuti Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan data penilaian kurikulum, kandungan serta pelaksanaan kurikulum qirā’āt dan satu set ujian shafawī qirā’āt juga digunakan untuk memperoleh data penilaian pencapaian. Manakala temu bual semi struktur dan pemerhatian berstruktur juga digunakan untuk mendapatkan data kualitatif dalam proses pelaksanaan kurikulum qirā’āt. Data kuantitatif daripada dua set soal selidik dan ujian shafawī qirā’āt dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, dapatan kajian deskriptif menunjukkan elemen-elemen penilaian iv kurikulum qirā’āt, iaitu kerelevenan kurikulum qirā’āt, penilaian kendiri pensyarah adalah tinggi tetapi penilaian kendiri pelajar terhadap kurikulum qirā’āt pada tahap sederhana tinggi dan elemen-elemen penilaian kandungan kurikulum qirā’āt, iaitu kandungan silibus kurikulum qirā’āt, peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan ABM pada tahap sederhana tinggi. Dapatan penilaian pelaksanaan kurikulum qirā’āt pula menunjukkan bahawa hanya kaedah Qirā’āt ‘Ilm dan kaedah Qirā’āt Amali berada pada tahap tinggi tetapi penggunaan ABM yang berbentuk ICT dan elektronik berada pada tahap sederhana rendah. Hanya elemen penggunaan buku teks atau buku rujukan serta papan tulis berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan dapatan penilaian tahap pencapaian qirā’āt berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian ini berguna kepada penggubal polisi dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum qirā’āt serta meningkatkan penguasaan qirā’āt pelajar-pelajar institut pengajian tahfiz di Malaysia selaras dengan misi dan visi pendidikan qirā’āt.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Kurikulum qiraat; Darul Quran; Ma’ahad tahfiz Al-Qur’an; Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 07 Oct 2015 17:40
    Last Modified: 07 Oct 2015 17:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5892

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item