Syarat kesihatan fizikal bagi ketua negara menurut Islam : kajian dalam konteks politik Indonesia / Abdul Halim Harun

Harun, Abdul Halim (2015) Syarat kesihatan fizikal bagi ketua negara menurut Islam : kajian dalam konteks politik Indonesia / Abdul Halim Harun. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (51Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (382Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (271Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (369Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (855Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (458Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (610Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (462Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (489Kb) | Preview

                    Abstract

                    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persyaratan kesihatan fizikal bagi ketua negara menurut Islam dan dalam konteks politik Indonesia. Kesihatan fizikal bagi ketua negara bermaksud sejahtera (sihat) panca indera dan sempurna anggota badan dari kecacatan yang boleh mendatangkan kesan terhadap cara berfikir dan bekerja. Kajian kualitatif yang sepenuhnya menggunakan metode keperpustakaan dan dokumentasi ini dianalisis dengan menggunakan metode analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti ulama telah menyenaraikan syarat kesihatan fizikal bagi ketua negara dengan menggunakan istilah salamah al-a’ada wa al-hawas (sejahtera anggota tubuh dan panca indera) atau kifayah al-ajsam (sempurna anggota badan). Perkara ini menunjukan kesepakatan mereka terhadap pentingnya syarat tersebut bagi calon ketua negara. Tetapi terdapat juga beberapa ulama yang sama sekali tidak menyenaraikannya dan menganggapnya sesuatu yang tidak mustahak, kerana apa yang penting bagi ketua negara ialah kemampuan kepimpinan dan kebijaksanaan intelektual. Oleh yang demikian, kedudukan syarat kesihatan telah dinilai oleh sebahagian ulama sebagai syarat yang dipertikaikan kesesuaiannya, dan terdapat juga ulama yang meletakkannya sebagai syarat kesempurnaan semata. Perbezaan pandangan ini telah membuka ruang penelitian semula untuk berijtihad bagi memperolehi pandangan yang terbaik berdasarkan kepada keperluan dan realiti politik setempat. Dalam konteks semasa syarat tersebut telah dijadikan satu keperluan oleh sesetengah negara yang dikuatkuasakan melalui Akta atau Perlembagaan antaranya ialah Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) di bawah Undang-Undang Pilihan Raya Presiden No 23, Tahun 2003, Artikel 6 (d). Justeru kajian ini merungkai isu ini melalui ruang perbezaan pandangan dikalangan ulama dengan kesesuaian amalan dan konteksnya di Indonesia bagi menghasilkan syarat kesihatan fizikal ketua negara yang sesuai diaplikasikan tanpa bertentangan dengan syarak.

                    Item Type: Thesis (PhD)
                    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
                    Uncontrolled Keywords: Syarat; Kesihatan fizikal; Ketua negara; Islam; Politik; Indonesia
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Siasah Syar'iyyah
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 07 Oct 2015 10:49
                    Last Modified: 07 Oct 2015 10:49
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5956

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item