Ruang dalaman masjid Melayu tradisional Semenanjung Malaysia / Azizul Azli Ahmad

Azizul Azli, Ahmad (2015) Ruang dalaman masjid Melayu tradisional Semenanjung Malaysia / Azizul Azli Ahmad. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (21Mb) | Preview

    Abstract

    Seni bina masjid tradisional kini giat dikaji dengan diberikan perhatian khusus terhadap pelbagai aspek kajian. Tumpuan diberikan terhadap aspek komponen ruang-dalaman dalam usaha memahami tipologi ruang-dalaman dari sudut pemerhatian ruang-dalaman masjid tradisional Semenanjung belum diketengahkan, sedangkan bidang reka bentuk dalaman telah lama berkembang di Malaysia sejak merdeka lagi. Penelitian terhadap Tipologi Ruang-Dalaman Masjid Tradisional Semenanjung (RDMTS) merupakan satu usaha bagi memahami tipologi ruang dalaman yang dilihat memiliki ciri khusus ruang dalaman yang sederhana. Penelitian ini dibuat bagi mengkaji komponen ruang dalaman tetap yang terdiri dari komponen fizikal, seperti elemen lantai, dinding dan bumbung. Sebelum pemerhatian khusus kepada RDMTS, unsur-unsur seni bina masjid yang terdapat di Timur Tengah dan Alam Melayu lainnya dikenal pasti bertujuan memahami persamaan asas dan perbezaan dari aspek bentuk komponen ruang-dalaman. Didapati terdapat beberapa persamaan asas dan perbezaan antara gaya-gaya rekabentuk ruang dalaman ini. Contohnya dari aspek komponen ruang masjid terdapat persamaan manakala, aspek susunan ruang, struktur binaan, kompleksiti ukiran, bahan kekemasan terdapat perbezaan. Di samping itu, pemilihan ini juga suatu langkah untuk melihat gaya khusus MTS di sebelah Semenanjung Tanah Melayu yang disifatkan sebagai gaya ruang dalaman yang berunsur reka bentuk bagi mementingkan kegunaan kesan dari faktor persekitaran. Kerangka fikir masyarakat Melayu-Islam di Semenanjung dijadikan panduan untuk memahami ruang dalaman masjid tradisional. Penelitian menjurus kepada masjid-masjid tradisional dari jenis bumbung limas dengan mengambil dua masjid bagi mewakili bumbung panjang dan bumbung lima. Pemerhatian juga dengan mengenal pasti bentuk dan jenis ruang dalaman berdasarkan bahan binaan dinding yang mampu mewujudkan karektor ruang-dalaman. Kajian awal telah menyenaraikan 56 buah masjid dan beberapa kriteria untuk memilih masjid bagi kajian kes dikenal pasti. Berdasarkan kriteria tersebut, hanya 12 buah masjid dipilih sebagai bahan kajian kes bagi mewakili jumlah besar bagi mengenal pasti jenis-jenis ruang dalaman berdasarkan penelitian terhadap komponen yang telah disebutkan. Kajian mendapati RDMTS memberikan keutamaan kepada dewan sembahyang dengan ketiadaan mihrab dan serambi diperingkat awal pembangunan. Dinding kiblat yang berukir sederhana merupakan antara sifat khusus yang tidak terdapat pada gaya-gaya masjid tradisional lainnya yang memerlukan penyelidikan. Reka bentuk memberikan tumpuan penuh kepada dewan sembahyang selaras dengan tujuan pembangunan masjid selain memenuhi fungsi ibadah, sosial dan kemasyarakatan. Ciri-ciri khusus ini juga berbeza antara masjid yang dibangunkan oleh golongan berpengaruh dan golongan rakyat jelata membezakan dengan komponen-komponen lainnya. Komponen ruang ini juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran semasa dan waktu pembangunan masjid tersebut. Penelitian ini bertujuan mengenengahkan ciri tampak pada setiap komponen lantai, dinding dan siling masjid tradisional berdasarkan kefahaman masyarakat Melayu-Islam melahirkan kefahaman keruangan dalam rumah ibadah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Seni bina masjid tradisional; Komponen ruang-dalaman; Tipologi ruang-dalaman; Rumah ibadah; Masyarakat Melayu-Islam
    Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 07 Oct 2015 10:38
    Last Modified: 25 Nov 2021 02:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5957

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item