Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed

Ikbal Zahin, Mohamed (2015) Analisis ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani dalam surah Al-Ahzab / Ikbal Zahin Mohamed. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2187Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membahaskan tentang aspek ta‘rif dan tankir menurut perspektif ilmu ma‘ani dalam ayat-ayat suci al-Qur’an al-Karim secara am dan menganalisis surah al- Ahzab secara spesifik. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kualitatif yang bersifat analisis deskriptif berlandaskan kepada teori nazm al-Jurjaniy dan disokong oleh teori ma‘ani Lasyin dan teori nahu ‘Abbas Hasan. Teori nazm dijadikan sebagai asas teori kerana ia memberikan tumpuan terhadap susun atur kata dalam ayat berasaskan ilmu nahu dengan mengambil kira kesannya terhadap makna. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji makna yang tersurat dan tersirat di sebalik penggunaan aspek ta‘rif dan tankir dalam ayat al-Qur’an, khususnya surah al-Ahzab dengan mengambil kira perkaitan sesama perkataan dalam struktur ayat dan konteks ayat tersebut diujarkan serta mengenal pasti justifikasi dan panduan untuk memahami makna perkataan yang tampil secara ta‘rif dan tankir. Kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak fungsi tankir dalam al-Qur’an dan konteks ayat memainkan peranan penting untuk menentukan maksud penggunaan aspek tankir. Antara fungsi tankir ialah membawa maksud tunggal, jenis, umum, kehebatan, sedikit, banyak, penghinaan, ugutan, jahil, kepalingan, pengkhususan, pujian, celaan, kesempurnaan, sengaja tidak menentukan individu yang diperkatakan, tunggal dan jenis, kehebatan dan jenis, banyak dan kehebatan, mempersendakan dan sedikit dan kadangkala tidak membawa sebarang maksud balaghah. Aspek ta‘rif juga mengetengahkan variasi fungsi yang bertunjangkan kepada dua kategori partikel al iaitu partikel al ketentuan dan al generik. Maksud aspek ta‘rif pula bergantung pada pemahaman penerima ujaran dan konteks ayat. Analisis ta‘rif dan tankir dalam surah al- Ahzab mendapati bahawa setiap aspek tankir mengetengahkan sama ada satu fungsi balaghah atau lebih. Dari aspek ta‘rif pula, penggunaan aspek ta‘rif ketentuan mengatasi ta‘rif generik. Hal ini bergantung kepada pemahaman dan interpretasi penerima ujaran serta konteks ayat yang sebelum dan selepas ujaran berkenaan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Ta‘rif; Tankir
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 03 Mar 2016 15:16
    Last Modified: 03 Mar 2016 15:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6150

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item