Program agama di Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Kajian dari aspek pelaksanaan dan keberkesanan / Noor Hafizah Mohd Haridi

Noor Hafizah, Mohd Haridi (2016) Program agama di Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Kajian dari aspek pelaksanaan dan keberkesanan / Noor Hafizah Mohd Haridi. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2705Kb) | Preview

    Abstract

    Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan salah sebuah jabatan yang bernaung sepenuhnya di bawah kerajaan Malaysia telah menubuhkan Institusi Pemulihan Akhlak yang menempatkan remaja bermasalah khususnya golongan remaja yang terlibat dalam kes-kes juvana. Institusi tersebut terdiri dari Asrama Akhlak, Taman Seri Puteri dan Sekolah Tunas Bakti. Berdasarkan statistik kemasukan sehingga 2010 seramai 1412 remaja bermasalah telah ditempatkan di institusi tersebut dan 1151 merupakan remaja berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebagai salah sebuah agensi bertangungjawab memberikan pemulihan khususnya pemulihan berbentuk kerohanian. JKM dengan kerjasama pihak JAKIM telah merangka serta membangunkan modul Pendidikan Islam yang telah diselaraskan di setiap Institusi Pemulihan. Modul ini menjadi asas dan panduan utama dalam melaksanakan program agama di institusi. Kajian ini memberi tumpuan terhadap program agama yang telah dilaksanakan di setiap institusi tersebut dengan menganalisis dari aspek pelaksanaan, keberkesanan dan permasalahan dalam melaksanakan program agama terhadap pelatih di Institusi tersebut. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Analisis dokumen dan temubual telah digunakan untuk melengkapkan dapatan kajian dan sebagai data sokongan. Responden melibatkan pelatih di institusi, pegawai hal ehwal Islam dan pembantu hal ehwal Islam. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan untuk pengagihan soal selidik mengikut institusi. Seramai 286 orang pelatih merupakan responden yang terlibat secara langsung dalam kajian ini yang melibatkan lapan institusi pemulihan di seluruh Malaysia. Data dari borang soal selidik telah dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) for window (version 16.0). Hasil kajian secara keseluruhan mendapati program-program agama di institusi tidak dilaksanakan secara konsisnten. Berdasarkan kepada peratusan hanya 17.5% responden bersetuju v program agama dilaksanakan 5 hingga 6 kali seminggu. Hasil kajian ini juga mendapati kekurangan guru agama di institusi merupakan faktor program agama yang telah disusun oleh pihak JKM tidak dapat dilaksnakan sepenuhnya kepada pelatih. Keberkesanan program agama di institusi diukur melalui tahap pengetahuan serta peningkatan tahap tingkahlaku pelatih. Analisis secara keseluruhan mendapati tahap pengetahuan pelatih adalah tinggi (min=4.51). Manakala analisis terhadap tingkahlaku pelatih adalah sederhana tinggi (min=3.02). Dapatan ini secara tidak langsung menggambarkan pelatih di institusi memerlukan bimbingan berterusan khusunya dari segi amali berhubung perkara asas Islam. Hasil kajian ini jelasnya memberi tambah nilai kepada institusi pemulihan JKM dalam usaha memberikan pemulihan kepada pelatih. Pihak JKM juga sewajarnya melihat semula Modul Kurikulum Pendidikan Islam JKM agar ianya bersesuaian dengan tahap pelatih di institusi di samping menambah guru agama di setiap institusi.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Program Agama; Pusat Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); JKM; Malaysia; Islamic approaches
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 04 Mar 2016 10:10
    Last Modified: 04 Mar 2016 10:10
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6158

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item