Pembangunan model penerimaan dan penggunaan e-khidmat Awam berdasarkan utaut / Mohd Khalit Othman

Mohd Khalit, Othman (2016) Pembangunan model penerimaan dan penggunaan e-khidmat Awam berdasarkan utaut / Mohd Khalit Othman. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam perkataan yang mudah, eKhidmat ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi dan saluran elektronik termasuk kiosk dan Internet untuk memudahkan urusan penyampaian maklumat dan perkhidmatan awam di antara kerajaan dan orang awam. Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam era ICT, aplikasi eKhidmat bagi Kerajaan Elektronik (EG) telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pelbagai aspek urusan penyampaian maklumat dan perkhidmatan awam khususnya di antara sektor awam dan rakyat. Terdapat banyak kajian yang telah mengkaji faktor-faktor kejayaan penggunaan dan penerimaan eKhidmat (faktor adopsi eKhidmat) secara umum, tetapi sangat kurang kajian yang memfokus terhadap faktor-faktor kejayaan penggunaan dan penerimaan eKhidmat bagi Kerajaan Elektronik (EG) atau sektor awam (eKhidmat Awam) di Malaysia. Disebabkan kurangnya kajian yang memfokuskan terhadap aspek-aspek tersebut, maka objektif utama kajian ini adalah: i) untuk mengenalpasti faktor-faktor penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat Awam serta melihat hubungkait antara faktor-faktor tersebut, ii) untuk mengkaji kesesuaian elemen-elemen model UTAUT kepada tingkah laku penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat Awam, dan iii) untuk membangunkan sebuah model penggunaan dan penerimaan (adoption model) eKhidmat yang khusus untuk Kerajaan Elektronik (EG) atau sektor awam Malaysia. Faktor-faktor penggunaan dan penerimaan bagi model ini dapat dikenalpasti melalui kajian kesusasteraan dan dapatan analisis daripada data-data penyelidikan. Teori UTAUT telah digunapakai di dalam kajian ini sebagai teori kajian manakala metodologi kuantitatif telah digunakan sebagai pendekatan kajian dengan melibatkan pengukuran data jenis skala Likert dari skala 1 – 7, di mana set soal selidik adalah sebagai instrument yang utama dalam pengumpulan data kajian. Selain daripada itu, kaedah penaakulan deduktif dan penaakulan induktif juga digunakan dalam kajian ini khusus dalam penjanaan hipotesis kajian. Secara keseluruhan terdapat 5 fasa utama dalam kajian. Fasa pertama adalah kajian dan anlisis awal yang melibatkan difinasi masalah, analisis dokumen dan tinjauan kajian lepas. Fasa kedua adalah kajian rintis (kajian pilot) yang melibatkan pembinaan dan pengurusan set soal selidik. Fasa ketiga adalah fasa pengumpulan data berasaskan teknik soal selidik untuk mendapatkan faktor-faktor penggunaan dan penerimaan eKhidmat Awam. Sebanyak 436 set soal selidik telah berjaya dikumpulkan daripada lebih 1000 orang responden yang disasarkan untuk dianalisis menggunakan pakej SPSS IBM, versi 21. Fasa keempat adalah fasa analisis data menggunakan pakej SPSS. Analisis data yang telah dilakukan adalah seperti analisis faktor untuk mendapat nilai KMO dan Bartlett’s Test; analisis reliabiliti untuk mendapat nilah Alpha Cronbach; analisis frekuensi untuk mendapatkan nilai sisihan piawai dan min; analisis normaliti dan korelarsi serta analisis kebagusuaian padanan (goodness of fit) untuk pengeshan hipotesis kajian dengan menggunakan ujian analisis statistik Kruskal Wallis untuk melihat nilai chi-square dan nilai-p (nilai Sig.). Akhir sekali adalah fasa kelima iaitu fasa pengujian/pembuktian model dan persembahan laporan kajian. Pengujian/pembuktian model kajian adalah menggunakan teknik rumusan matematik (mathematical formulation) dengan menggunakan teknik aruhan matematik terhadap logik. Hasil daripada pembuktian ini, dapat ditunjukkan bahawa model matematik bagi model cadangan kajian iaitu eKhidmat E  X adalah benar bagi i  1,2,,11 di mana i e adalah blok binaan bagi E iaitu ei v adalah unsur kepada E yang mewakili ‘faktor-faktor penerimaan dan penggunaan eKhidmat awam’ dan XeKhidmat pula mewakili ‘penerimaan dan penggunaan sistem eKhidmat awam’. Dapatan daripada analisis data telah menunjukkan instrument kajian adalah sangat boleh dipercayaai dengan nilai alpha Cronbach > 0.9, item instrument adalah factorable dengan nilai Bartlett’s Test > 0.75 dan saiz sample adalah cukup besar untuk menghasilkan keputusan/penyelesaian yang munasabah (dengan nilai KMO > 0.7) serta terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen model kajian dengan ujian hipotesis dan nilai korelasi bagi setiap elemen model kajian melebihi .35**. Dapatan bagi semua nilai-nilai ini telah mencadangkan bahawa elemen-elemen dan model kajian yang dibangunkan boleh diterima pakai. Selain daripada itu, hasil daripada analisis data dan pengujian/pembuktian model menggunakan teknik aruhan matematik telah menunjukkan bahawa; i) terdapat 11 faktor yang mempengaruhi (kejayaan) penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat Awam bagi Kerajaan Elektronik (EG), ii) model kajian adalah sah dan padan dengan 11 elemen sebagai faktor kejayaan penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat awam, dan iii) penggunaan teori UTAUT adalah sesuai dan boleh digunakan dalam persekitaran Malaysia untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi (kejayaan) penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat awam. Sumbangan utama penyelidikan ini adalah pembangunan model penggunaan dan penerimaan eKhidmat awam bagi Kerajaan Elektronik (EG) Malaysia yang terdiri daripada 11 elemen utama yang merupakan faktor-faktor penggunaan dan penerimaan eKhidmat Awam iaitu kerjasama dan sokongan, pengaruh sosial dan kesedaran budaya, kepercayaan/kebolehgunaan ICT, ciri-ciri dan karakter pengguna, kualiti perkhidmatan, kepuasan pengguna, rekabentuk sistem/web, infrastruktur ICT, komitmen kerajaan, perundangan dan polisi dan pengaruh pengurusan atasan. Penyelidikan ini juga telah menunjukan bahawa teori UTAUT boleh digunakan untuk melihat faktor-faktor penerimaan dan penggunaan sistem eKhidmat awam di Malaysia. Selain daripada itu, penyelidikan ini akan menambahkan maklumat pengetahuan (dapatan) dengan mengisi ruang kesusasteraan yang kurang/lompang khususnya berkaitan tentang penggunaan dan penerimaan sistem eKhidmat Awam bagi Kerajaan Elektronik di Malaysia.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: E-khidmat awam
    Subjects: T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 31 Mar 2016 10:16
    Last Modified: 31 Mar 2016 10:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6245

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item