Analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid pekak / Nor Hidayah Md Khanapiah

Nor Hidayah, Md Khanapiah (2016) Analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid pekak / Nor Hidayah Md Khanapiah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1869Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penguasaan imbuhan kata kerja bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid pekak. Data dianalisis mengikut gabungan teori Analisis Kesilapan dan teori Monitor. Subjek kajian dipilih secara sampel bertujuan (purposive sampling), iaitu melibatkan 26 orang murid pekak Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan darjah kepekakan antara 70dB hingga 90dB (70dB – 90dB) dan 90dB dan ke atas (90dB dan ke atas). Kedua kumpulan murid pekak diberi ujian kata kerja dalam bahasa Malaysia sebanyak dua kali, iaitu ujian pertama (ujian pra) dan ujian kedua (ujian pasca). Sebelum diuji untuk kali kedua (ujian uji semula selepas proses P&P), semua murid pekak diajar sebanyak dua kali dan barulah mereka diuji. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah temu bual subjek kajian dan guru bahasa Malaysia, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid pekak dianalisis dan dirumuskan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kata kerja bahasa Malaysia murid pekak Tahun 6 yang dipilih ini berada pada tahap yang memuaskan bagi imbuhan kata kerja awalan tetapi kurang memuaskan bagi imbuhan kata kerja apitan. Hal ini didapati berpunca daripada murid pekak tidak menguasai dan memahami rumus-rumus penulisan imbuhan awalan dan apitan dengan baik, tidak begitu mengenali kata akar sesuatu kata kerja sebelum menerima imbuhan kata kerja serta tidak memahami perkataan abstrak. Tambahan lagi, berlaku penurunan peratus kesilapan yang ketara bagi murid pekak (70dB – 90dB) dan penurunan peratus iv kesilapan yang tidak begitu ketara bagi murid pekak (90dB dan ke atas) terhadap penguasaan imbuhan kata kerja bahasa Malaysia di dalam keputusan ujian kedua (ujian pasca). Pengkaji turut menganalisis perkaitan antara darjah kepekakan dan faktor-faktor ekstralinguistik yang berkaitan dengan tahap penguasaan murid pekak. Pengkaji mendapati bahawa perbezaan darjah kepekakan dan faktor-faktor ekstralinguistik turut mempengaruhi penguasaan murid pekak terhadap imbuhan kata kerja bahasa Malaysia. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan murid pekak adalah motivasi yang rendah terhadap pembelajaran bahasa Malaysia, kurangnya peruntukan masa untuk mengulang kaji, kurangnya membuat latih tubi sendiri dan kurangnya penggunaan bahasa Malaysia dalam seminggu yang sehingga majoriti murid pekak hanya mendapat markah yang kurang memuaskan. Kajian ini juga turut mengemukakan cadangan dan saranan kepada pihak tertentu agar masalah penguasaan pemahaman bahasa Malaysia dalam kalangan murid pekak dapat diatasi dan bagi menambah baik proses pembelajaran imbuhan bahasa Malaysia murid pekak.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Verb morphology; Deaf students; Error Analysis; Theory of Monitor; Malaysian-language-verb proficiency
    Subjects: L Education > L Education (General)
    L Education > LC Special aspects of education
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2016 10:20
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6594

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item