Konsep alam menurut Daud al-Fatani: Analisis dari perspektif astronomi Islam / Mohammaddin Abdul Niri

Mohammaddin, Abdul Niri (2016) Konsep alam menurut Daud al-Fatani: Analisis dari perspektif astronomi Islam / Mohammaddin Abdul Niri. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD - restricted content at the request of the author-Oct 2019)
Restricted to Repository staff only

Download (4Mb)

    Abstract

    Daud al-Fatani merupakan tokoh ulama tradisional pada abad ke-18/19M. Walaupun kesarjanaan beliau berdiri kukuh dalam tradisi ilmu Islam di Alam Melayu, namun timbul polemik terhadap kewibawaan konsep alam yang dikemukakannya. Ini kerana konsep tersebut sebagaimana dimuatkan dalam karyanya Manhal al-Ṣāfī berasaskan dasar-dasar yang kabur dan paradoks. Bagaimanapun, kesimpulan itu tidak meliputi konsep alam Daud al-Fatani dalam karyanya Durr al-Thamīn. Ironinya, konsep tersebut dilihat mempunyai potensi untuk diaplikasikan dalam konteks semasa tetapi masih tiada pendekatan tersusun yang menerangkannya. Justeru itu, kajian ini ditampilkan untuk meneliti konsep alam Daud al-Fatani dalam karya berkenaan dan konteks aplikasinya mengikut perspektif baharu iaitu berasaskan pendekatan Astronomi Islam (PAI). Dari segi pengumpulan data, metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah dokumentasi. Untuk analisis data, metode utama yang diterapkan ialah kaedah analisis kandungan. Berkenaan dengan kerangka teori, PAI disusun mengikut metodologi ilmu al-Ghazālī terdiri daripada sumber ilmu, klasifikasi ilmu dan keutamaan ilmu (al-awlawiyyāt). Berpandukan kerangka PAI, tiga ciri utama yang mendasari konsep alam menurut al-Ghazālī diletakkan sebagai rujukan iaitu, aspek alam, aspek Pencipta serta aspek kaedah ilmu. Hasil kajian mendapati bahawa konsep alam Daud al-Fatani adalah bersandar kepada ketiga-tiga ciri utama terbabit dan secara asasnya ia konsisten dengan metodologi al-Ghazālī. Kajian juga mendapati bahawa metode berfikir yang mendasari konsep alam Daud al-Fatani ialah kaedah cerapan dan tasdiq. Kaedah tasdiq yang terdiri daripada nafi dan isbat adalah bersumber daripada wahyu. Akhir sekali, metode berfikir Daud al-Fatani diaplikasikan dalam konteks astronomi Islam berkaitan dengan kaedah penentuan kenampakan hilal dan kajian mendapati bahawa kaedah hisab dapat berfungsi sebagai nafi dan isbat secara serentak untuk menilai laporan cerapan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Islamic astronomy; Daud al-Fatani; Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Sep 2016 12:28
    Last Modified: 21 Oct 2019 08:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6713

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item