Wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam di Institusi Pengajian Tinggi Islam Negeri di Indonesia: kajian kes di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta / Henri Shalahudin

Henri, Shalahudin (2016) Wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam di Institusi Pengajian Tinggi Islam Negeri di Indonesia: kajian kes di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta / Henri Shalahudin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (33Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (482Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (577Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (942Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1469Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (697Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (1561Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (290Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (421Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (514Kb) | Preview

                      Abstract

                      Wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam merupakan salah satu isu semasa yang memerlukan perhatian khas dari sarjana-sarjana muslim. Sebab ia bukan sahaja berkenaan dengan kajian tentang wanita dan agama, tetapi juga kajian feminisme Barat dan konteks sosial semasa. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam di pengajian tinggi Islam negeri di Indonesia, khasnya di Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta. Penyelidikan ini difokuskan untuk mengkaji sejarah kemunculan wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam, bagaimana ia berlangsung, dan isu-isu gender yang dibincangkan dalam pengajian Islam di UIN Sunan Kalijaga. Analisis kajian dibuat berasaskan content analysis, iaitu dengan mengkaji buku-buku yang diterbitkan oleh UIN Sunan Kalijaga, latihan ilmiah mahasiswa tahun akhir, aktiviti akademik yang berkenaan dengan wacana gender dan Islam, serta temubual dengan ketua Pusat Studi Wanita (PSW) di universiti tersebut. Kajian dilanjutkan dengan analisis kritis terhadap pendekatan wacana kesetaraan gender dalam pengajian Islam dan kesimpulan yang dihasilkannya. Metode-metode yang digunakan dalam penyelidikan iaitu metode dokumentasi atau metode historis, metode induktif (al-manhaj al-istiqrÉ'i), metode analisis kritis (al-manhaj al-taÍlÊli al-naqdi), metode temubual dan observasi. Metode-metode tersebut digunakan untuk menghuraikan makna sebenar wacana kesetaraan gender, sejarah awal kemunculan dan aliran-alirannya, sejarah kemasukannya di pengajian tinggi Islam di Indonesia, kritikan-kritikan terpenting yang dihasilkan ahli akademik yang menyokong gender di UIN Sunan Kalijaga terhadap pemikiran Islam, dan menganalisis kritikan-kritikan tersebut. Kajian ini menyimpulkan bahawa wacana kesetaraan gender dalam pemikiran Islam yang dikembangkan di UIN Sunan Kalijaga pada hakikatnya dimaksudkan untuk mengelak pandangan masyarakat yang diskriminatif terhadap wanita yang dipercayai berpunca dari pemahaman yang bias gender terhadap teks-teks wahyu (al-Quran dan HadÊth). Dengan anggapan ini, feminis kemudian membahagi teks-teks wahyu kedalam dua kategori, iaitu teks-teks yang mesra wanita, dan teks-teks membenci wanita (misogyny). Dikotomi terhadap teks wahyu ini memunculkan dua pendekatan yang berbeza terhadap kedua-dua kategori teks tersebut. Pendekatan terhadap ayat-ayat yang dipercayai membenci wanita digunakan dengan metode kontekstual-historis, manakala terhadap ayat-ayat yang mesra wanita digunakan pendekatan tekstual-normatif. Dengan pendekatan kontekstual-historis ini, maka akan dihasilkan pemahaman yang berbeza dari makna tekstual ayat yang dikaji. Oleh itu, pengajian Islam berlandaskan gender tidak jarang memunculkan kontroversi kerana beberapa hasil kajiannya sering bercanggah dengan khazanah intelektual Islam, misalnya dalam isu poligami, pusaka, kesaksian wanita dan kesihatan reproduksi. Hal ini kerana metode feminis dalam pengajian Islam berbeza dengan metode para ulama dalam memahami kedudukan wahyu dan realiti sosial. Di samping itu, perbezaan dalam memaknai konsep-konsep dasar dalam Islam, seperti konsep-konsep tentang kesetaraan, keadilan, thawÉbit-mutaghayyirÉt dan qat'iyyÉt-ÐanniyÉt sangat berperanan memunculkan perbezaan mendasar antara perspektif gender dan ulama Islam dalam mengkaji isu-isu wanita. Oleh itu apa-apa yang di dalam Islam merupakan menjadi beban (taklÊf) dan kewajiban lelaki boleh jadi dalam pandangan feminis adalah satu bentuk dominasi lelaki, dan apa-apa yang menjadi keringanan (rukhÎah) untuk wanita boleh jadi dianggap subordinasi dan diskriminasi mengikut feminis.

                      Item Type: Thesis (PhD)
                      Uncontrolled Keywords: Gender balance; Islamic religious; Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga; Islamic thinking
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
                      Divisions: Academy of Islamic Studies
                      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                      Date Deposited: 01 Oct 2016 15:27
                      Last Modified: 01 Oct 2016 15:27
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6724

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item