Pemahaman murid tahun lima tentang luas segi empat / Manivannan Subramaniam

Manivannan , Subramaniam (2017) Pemahaman murid tahun lima tentang luas segi empat / Manivannan Subramaniam. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1826Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2496Kb) | Preview

      Abstract

      Pengetahuan geometri dan ruang penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman murid Tahun Lima tentang luas segi empat dan cara mereka menggunakan pemahaman tersebut untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan luas segi empat. Kajian kes ini melibatkan lima orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak yang dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan. Konstruktivisme radikal digunakan sebagai teori latar belakang, manakala data kajian pula dikumpulkan melalui tujuh sesi temu duga klinikal yang dirakamkan dalam video bagi setiap murid. Kajian ini mendapati murid menggunakan dua idea utama untuk memberi makna kepada luas segi empat, iaitu idea kuantiti dan pengukuran jarak atau panjang sisi. Idea kuantiti digunakan dalam pengukuran yang melibatkan alat berdimensi satu, dua, atau tiga dalam bilangan yang tertentu, manakala idea pengukuran jarak atau panjang sisi pula digunakan dalam pengukuran luas rajah segi empat apabila alat pengukuran berdimensi satu, dua, atau tiga diberi atau tidak diberikan. Seterusnya, kajian ini mendapati murid menggunakan tiga idea untuk memberi makna kepada penyelesaian masalah yang membabitkan luas segi empat dalam situasi yang berbeza, iaitu idea pengukuran panjang sisi bagi segi empat, idea pengukuran titik, dan idea bilangan sisi. Idea pertama digunakan dalam menyelesaikan masalah yang membabitkan luas rajah segi empat, manakala idea yang lain pula digunakan untuk mengenal pasti rajah luas terbesar. Murid dalam kajian ini menggunakan ukuran panjang sisi dalam unit cm untuk mendapatkan perimeter dan luas rajah segi empat serta isi padu objek kuboid. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa murid belum berupaya menentukan ciri persamaan iv dan perbezaan antara alat pengukuran berdimensi satu, dua, atau tiga serta manipulasi alat pengukuran dengan cara yang betul bagi menentukan perimeter dan luas rajah segi empat serta isi padu objek kuboid. Malah, mereka kurang mempunyai pemahaman yang jelas tentang cara untuk menentukan perimeter dan luas rajah segi empat serta isi padu objek kuboid. Justeru, kajian lanjut adalah wajar untuk menjelaskan sama ada pemahaman murid tentang luas segi empat berkembang secara kognitif daripada peringkat rendah dan konkrit kepada peringkat yang lebih tinggi dan abstrak. Pengajaran bilik darjah pula harus berorientasikan kemahiran, pengetahuan prosedur, dan konseptual bagi membantu murid meneliti, membuat inkuiri, mengamati, dan memperkukuh pemahaman mereka tentang luas segi empat.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Pengetahuan geometri; Murid sekolah rendah; Konstruktivisme radikal
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Q Science > QA Mathematics
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Apr 2018 10:47
      Last Modified: 22 May 2020 01:17
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7878

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item