Strategi pembelajaran aksara piktofonetik Cina dalam kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Ngeh Hoong Eng

Ngeh , Hoong Eng (2017) Strategi pembelajaran aksara piktofonetik Cina dalam kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Ngeh Hoong Eng. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Menurut perangkaan Kementerian Pendidikan, pada tahun 2014, terdapat 87, 463 pelajar bukan Cina yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)). (Huang, 2015). Namun demikian, tidak banyak kajian yang meneliti sejauh manakah pelajar-pelajar bukan berbahasa ibunda Cina dapat menguasai bahasa Cina dengan baik di SJK(C)? Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan di antara penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Cina(SPBC) dengan tahap pencapaian bahasa Cina (Yang 1998; Lin 2005; Wu 2007). Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau Strategi Pembelajaran Aksara Piktofonetik Cina(SPAPC) dan tahap pencapaian Aksara Piktofonetik Cina(APC) di kalangan pelajar-pelajar Melayu, India dan Cina di SJK(C). Di samping menyelidiki hubungan antara strategi-strategi yang dipilih dengan tahap penguasaan APC, kajian ini juga melihat strategi–stratgi yang paling kerap digunakan oleh pelajar cemerlang dan kurang cemerlang. Kajian ini berpandukan kaedah penyelidikan bercampur. Sampel kajian yang yang dipilih secara rawak terdiri daripada 99 pelajar Melayu, 43 pelajar India, 76 pelajar Cina yang bukan berbahasa ibunda Cina(CB) dan 100 pelajar Cina yang berbahasa ibunda Cina(CA) dari SJK(C). Ujian ANOVA(aras signifikan p<0.05) telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara pelajar cemerlang dan kurang cemerlang serta hubungan etnik dengan kekerapan dan jenis SPAPC yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Cina. Korelasi Pearson pula digunakan untuk mengukur hubungan antara kekerapan jenis SPAPC dengan tahap pencapaian APC. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajarpelajar yang berbahasa ibunda Cina dengan pelajar-pelajar bukan berbahasa ibunda Cina dalam tahap pencapaian APC. Terdapat korelasi positif yang lemah antara semua strategi yang diguna dalam kalangan pelajar Melayu. Manakala bagi pelajar-pelajar India pula, didapati terdapat korelasi positif yang kuat antara penggunaan Strategi Afektif dengan tahap pencapaian APC. Terdapat juga korelasi positif yang kuat antara Strategi Sumber dan Strategi Penggunaan dengan tahap pencapaian APC dalam kalangan pelajar CB. Bagi pelajar CA pula, hanya terdapat korelasi positif yang sederhana kuat antara Strategi Sumber dengan tahap pencapaian APC. Pada keseluruhannya , didapati terdapat korelasi positif sederhana kuat antara Strategi Sumber dan Strategi Penggunaan dengan tahap pencapaian APC. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Penggunaan Strategi Sumber dan Strategi Penggunaan dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang lebih tinggi secara signifikan daripada pelajar-pelajar kurang cemerlang. Pelajar-pelajar SJK(C) yang bukan berbahasa ibunda Cina harus dibimbing dan diajar SPAPC yang berkesan dan sesuai mengikut etnik, bahasa ibunda dan persekitaran mereka , supaya mereka dapat menguasai aksara piktofonetik Cina dengan berkesan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2017.
    Uncontrolled Keywords: Non-Chinese students; Chinese vernacular schools; Chinese language achievement; Chinese Pictophonetic Characters Learning Strategies
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Feb 2018 16:21
    Last Modified: 24 Jun 2020 07:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8340

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item